Bantuan Pengkajian
Pengkhutbah


Pengkhutbah

Sebuah kitab di dalam Perjanjian Lama yang mengandungi gambaran-gambaran terhadap beberapa masalah paling mendalam di dalam kehidupan.

Penulis kitab tersebut, Pengkhutbah, menuliskan banyak dari kitab tersebut pokok-pokok pandangan tentang mereka yang tidak mempunyai pemahaman Injil. Dia menulis berdasarkan perasaan-perasaan orang di duniaā€”iaitu, mereka yang berada ā€œdi bawah matahariā€ (Pkh. 1:9). Kebanyakan isi kitab tersebut kelihatan negatif dan pesimistik (Pkh. 9:5, 10). Ini bukanlah cara bagaimana Tuhan ingin kita mengerti tentang kehidupan tetapi bagaimana si Pengkhutbah telah memerhatikan mengenai hal-hal yang akan muncul kepada manusia di bumi yang tidak diterangi. Bahagian yang paling kudus dari kitab tersebut ialah di dalam bab 11 dan 12, di mana si penulis membuat kesimpulan bahawa satu-satunya hal yang memiliki nilai tak terhingga ialah kepatuhan kepada perintah-perintah Tuhan.