Bantuan Pengkajian
Elias


Elias

Terdapat beberapa penggunaan nama atau gelaran Elias di dalam tulisan suci:

Elia

Elias ialah bentuk kata Perjanjian Baru (Yunani) dari Elia (Ibrani). Bandingkan Mat. 17:3ā€“4, Luk. 4:25ā€“26, dan Yak. 5:17. Alkitab versi Bahasa Malaysia tidak membezakan antara ā€œEliaā€ dan ā€œEliasā€. Dalam contoh-contoh ini, Elias merupakan nabi purba Elia yang mana pelayanannya dicatatkan dalam 1Ā dan 2Ā Raja-Raja.

Pelopor

Elias juga ialah sebuah gelaran bagi seseorang yang merupakan seorang pelopor. Sebagai contoh, Yohanes Pembaptis merupakan seorang Elias kerana dia telah diutus untuk mempersiapkan jalan bagi Yesus (Mat. 17:12ā€“13).

Pemulih

Gelaran Elias juga telah digunakan untuk orang lain yang mempunyai misi-misi khas untuk dipenuhi, seperti Yohanes Pewahyu (A&P 77:14) dan Gabriel (Luk. 1:11ā€“20; A&P 27:6ā€“7; 110:12).

Seorang lelaki di zaman Abraham

Seorang nabi yang dipanggil Esayas atau Elias yang nampaknya hidup pada zaman Abraham (A&P 84:11ā€“13; 110:12).