Bantuan Pengkajian
Yakobus, Adik lelaki Tuhan Yesus


Yakobus, Adik lelaki Tuhan Yesus

Dalam Perjanjian Baru, adalah adik lelaki kepada Tuhan Yesus (Gal. 1:19) dan saudara kandung kepada Yoses, Simon, Yudas, dan beberapa saudari perempuan (Mat. 13:55ā€“56; Mrk. 6:3; Yud. 1:1). Dia juga dikenali sebagai Yakobus yang Soleh dan menduduki suatu posisi penting di dalam Gereja di Yerusalem (Kis. 12:17; 15:13; 1Ā Kor. 15:7; Gal. 2:9ā€“12). Dia mungkin menulis surat Yakobus.

Surat Yakobus

Sebuah kitab di dalam Perjanjian Baru. Pada asalnya ia adalah sepucuk surat yang ditujukan kepada dua belas suku Israel yang tercerai-berai di luar negeri dan mungkin ditulis dari Yerusalem. Surat tersebut mengandungi beberapa butiran yang dinyatakan dengan jelas tentang agama yang praktik, termasuklah nasihat penting di dalam bab 1 bahawa jika seseorang kekurangan kebijaksanaan, dia harus bertanya kepada Tuhan untuk pertolongan (Yak. 1:5ā€“6; JSā€”S 1:9ā€“20). Bab 2 berurusan dengan iman dan pekerjaan. Bab 3ā€“4 berbicara mengenai keperluan untuk mengawal lidah dan menasihati para Orang Suci untuk tidak bercakap jahat di antara satu sama lain. Bab 5 mendorong para Orang Suci untuk mempunyai kesabaran dan untuk memanggil para penatua bagi suatu pemberkatan apabila sakit; ia juga mengajarkan tentang berkat-berkat dari membantu menukarkan hati orang lain.