Bantuan Pengkajian
Baal


Baal

Dewa matahari yang disembah terutamanya di Phoenicia (1Ā Raj. 16:31) tetapi juga disembah dalam cara yang berbeza di tempat-tempat yang berbeza: oleh bangsa Moab sebagai Baal di Peor (Bil. 25:1ā€“3), di Sikhem sebagai Baal-Berit (Hak. 8:33; 9:4), di Ekron sebagai Baal-zebub (2Ā Raj. 1:2). Baal boleh menjadi sama sebagai Bel dari Babilon dan Zeus dari Yunani. Perkataan Baal menggambarkan hubungan di antara seorang tuan dan hambanya. Simbol yang lazim bagi Baal ialah seekor lembu jantan. Asytoret ialah dewi yang secara umumnya disembah bersama-sama Baal.

Baal kekadangnya digabungkan dengan nama atau perkataan lain untuk menunjukkan suatu hubungan dengan Baal, seperti sebuah tempat di mana dia disembah atau seorang yang bersifat seperti Baal. Kemudiannya, kerana Baal mempunyai erti-erti yang sangat jahat, perkataan Isyboset menggantikannya dalam nama-nama gabungan tersebut. Isyboset bermaksud ā€œmalu.ā€