Bantuan Pengkajian
Hosea


Hosea

Seorang nabi Perjanjian Lama yang bernubuat di kerajaan utara Israel semasa penghujung pemerintahan YeroboamĀ ā…”. Dia hidup pada suatu masa kemerosotan dan kemusnahan negara, akibat dari dosa Israel.

Kitab Hosea

Tema asas kitab tersebut ialah kasih Tuhan bagi umat-Nya. Semua deraan-Nya diakibatkan dalam kasih, dan pemulihan Israel akan terjadi kerana kasih-Nya (Hos. 2:19; 14:4). Sebaliknya, Hosea menunjukkan pengkhianatan dan ketidaksetiaan Israel. Namun Tuhan mampu melihat ke hadapan pada penebusan akhir Israel (Hos. 11:12ā€“14:9).