Bantuan Pengkajian
Ester


Ester

Seorang wanita yang beriman besar dan adalah watak utama di dalam kitab Ester.

Kitab Ester

Sebuah kitab di dalam Perjanjian Lama yang mengandungi cerita tentang keberanian besar Permaisuri Ester dalam menyelamatkan bangsanya daripada kehancuran.

Bab 1ā€“2 menceritakan bagaimana Ester, seorang wanita Yahudi dan anak perempuan angkat kepada seorang lelaki Yahudi bernama Mordekhai, telah dipilih sebagai permaisuri Persia kerana kejelitaannya. Bab 3 menjelaskan bahawa Haman, ketua pembesar di istana raja, membenci Mordekhai dan mendapatkan sebuah surat titah pembalasan. Bab 4ā€“10 menceritakan bagaimana Ester, mengambil risko peribadi yang besar, mendedahkan kerakyatannya sendiri kepada raja dan memperoleh pembalikan surat titah tersebut.