Bantuan Pengkajian
Izebel


Izebel

Seorang wanita yang jahat di dalam Perjanjian Lama dari negeri Phoenicia. Dia ialah isteri kepada Ahab (1 Raj. 16:30–31), raja Israel yang memerintah semasa Elia adalah nabi.

Perkahwinan Izebel kepada Ahab, lebih daripada kejadian tunggal mana pun, menyebabkan kejatuhan kerajaan utara Israel; Izebel memperkenalkan kepada Israel bentuk-bentuk penyembahan berhala yang paling teruk dari negerinya sebagai ganti penyembahan kepada Yehovah (1 Raj. 18:13, 19).

Cetak