Bantuan Pengkajian
Terjemahan Joseph Smith (TJS)


Terjemahan Joseph Smith (TJS)

Sebuah semakan atau terjemahan dari Alkitab Versi Raja James dalam Bahasa Inggeris, yang mana Nabi Joseph Smith telah mulai pada Jun 1830. Dia telah diperintahkan oleh Tuhan untuk melakukan penterjemahan tersebut dan menganggapnya sebagai sebahagian daripada panggilannya sebagai seorang nabi.

Walaupun Joseph telah menyiapkan hampir seluruh terjemahan pada Julai 1833, dia meneruskannya sehingga kematiannya pada tahun 1844 untuk membuat pengubahsuaian sementara mempersiapkan manuskrip untuk penerbitan. Walaupun dia menerbitkan beberapa bahagian daripada terjemahan itu selama masa hidupnya, adalah mungkin bahawa dia akan membuat perubahan tambahan seandainya dia terus hidup untuk menerbitkan seluruh pekerjaan tersebut. Gereja Yesus Kristus Dari Orang-orang Suci Zaman Akhir yang Diorganisasi Semula (RLDS) telah menerbitkan edisi pertama dari terjemahan Joseph Smith yang diilhami pada tahun 1867. Mereka telah menerbitkan beberapa edisi sejak waktu itu.

Nabi telah belajar banyak hal selama proses penterjemahan itu. Beberapa bahagian dari Ajaran dan Perjanjian diterima kerana pekerjaan terjemahannya (seperti A&P 76; 77; 91; dan 132). Juga, Tuhan memberikan Joseph petunjuk-petunjuk terperinci bagi terjemahan itu, yang telah dicatatkan di dalam Ajaran dan Perjanjian (A&P 37:1; 45:60ā€“61; 76:15ā€“18; 90:13; 91; 94:10; 104:58; 124:89). Kitab Musa dan Joseph Smithā€”Matius, yang sekarang dimasukkan di dalam Mutiara Yang Sangat Berharga, diambil langsung dari Terjemahan Joseph Smith.

Terjemahan Joseph Smith memulihkan sejumlah hal-hal yang jelas dan berharga yang telah hilang dari Alkitab (1Ā Ne. 13). Walaupun ia bukannya Alkitab rasmi dari Gereja, terjemahan ini menawarkan banyak pemahaman yang menarik dan adalah sangat bernilai dalam memahami Alkitab. Ia juga adalah suatu kesaksian bagi panggilan ilahi dan pelayanan Nabi Joseph Smith.