Bantuan Pengkajian
Mosia, Putera Benyamin


Mosia, Putera Benyamin

Seorang raja dan nabi bangsa Nefi yang soleh dalam Kitab Mormon. Mosia mengikuti teladan soleh dari bapanya (Mosia 6:4ā€“7). Dia menterjemahkan dua puluh empat kepingan emas yang mengandungi catatan tentang orang Yared (Mosia 28:17).

Kitab Mosia

Sebuah kitab dalam Kitab Mormon. Bab 1ā€“6 mengandungi khutbah Raja Benyamin yang penuh kekuatan kepada rakyatnya. Roh Tuhan menyentuh hati mereka dan orang-orang bertukar hati serta tidak lagi merasakan hasrat untuk melakukan yang jahat. Bab 7ā€“8 menceritakan sekelompok orang Nefi yang telah pergi untuk tinggal di antara bangsa Laman. Suatu kelompok pencarian diutus untuk menemukan mereka. Amon, pemimpin kelompok pencarian itu, menemukan mereka dan mendapat tahu cerita tentang pencubaan mereka di bawah penindasan bangsa Laman. Bab 9ā€“24 menghuraikan penindasan itu dan bagaimana para pemimpin merekaā€”Zenif, Nuh, dan Limhiā€”hidup di bawah bangsa Laman. Kesyahidan nabi yang bernama Abinadi juga dicatat. Alma bertukar hati saat pengadilan Abinadi. Bab 25ā€“28 menuturkan kembali cerita tentang bagaimana anak lelaki Alma dan keempat-empat putera Raja Mosia bertukar hati. Dalam bab 29 Raja Mosia mengesyorkan bahawa sistem para hakim menggantikan para raja. Alma, anak lelaki Alma dipilih sebagai hakim utama yang pertama.