Bantuan Pengkajian
Musa


Musa

Seorang nabi Perjanjian Lama yang memimpin bangsa Israel keluar dari perhambaan Mesir dan memberikan kepada mereka seperangkat hukum keagamaan, bermasyarakat, serta yang berkaitan dengan makanan sebagaimana diwahyukan oleh Tuhan.

Pelayanan Musa merentang melampaui batas masa hidup fananya sendiri. Joseph Smith mengajarkan bahawa, bersama dengan Elia, dia datang ke Gunung Perubahan Rupa dan melimpahkan kunci-kunci imamat ke atas Petrus, Yakobus, dan Yohanes (Mat. 17:3ā€“4; Mrk. 9:4ā€“9; Luk. 9:30; A&P 63:21).

Musa menampakkan diri kepada Joseph Smith dan Oliver Cowdery pada tanggal 3Ā April 1836, di dalam bait suci di Kirtland, Ohio, dan menganugerahkan ke atas diri mereka kunci-kunci pengumpulan Israel (A&P 110:11).

Wahyu zaman akhir berbicara banyak mengenai Musa. Dia disebut-sebut kerap kali dalam Kitab Mormon, dan dari Ajaran dan Perjanjian kita belajar tentang pelayanannya (A&P 84:20ā€“26) dan bahawa dia menerima imamat dari bapa mertuanya, Yitro (A&P 84:6).

Wahyu zaman akhir juga mengukuhkan laporan dalam Alkitab tentang pelayanannya di antara anak-anak Israel dan menandaskan kembali bahawa dia adalah penulis kelima kitab yang memulai Perjanjian Lama (1Ā Ne. 5:11; Musa 1:40ā€“41).

Kitab Musa

Sebuah kitab dalam Mutiara yang Sangat Berharga yang memuatkan terjemahan Joseph Smith yang diilhami tentang ketujuh bab pertama dari Kejadian.

Bab 1 mencatat suatu penglihatan Musa melihat Tuhan, yang mengungkapkan kepadanya seluruh rancangan penyelamatan. Bab 2ā€“5 adalah sebuah laporan tentang penciptaan dan kejatuhan manusia. Bab 6ā€“7 memuatkan suatu penglihatan tentang Henokh dan pelayanannya di atas bumi. Bab 8 memuatkan suatu penglihatan tentang Nuh dan Air Bah yang besar.

Lima kitab Musa

Kelima kitab pertama Perjanjian Lama dikenal sebagai kitab-kitab Musa. Kepingan-kepingan loyang yang Nefi ambil dari Laban mengandungi kitab-kitab Musa (1Ā Ne. 5:11).