Bantuan Pengkajian
Surat kepada orang Ibrani


Surat kepada orang Ibrani

Sebuah kitab di dalam Perjanjian Baru. Paulus menuliskan surat ini kepada para anggota Gereja berbangsa Yahudi untuk meyakinkan mereka bahawa aspek-aspek penting dari hukum Musa telah pun digenapi dalam Kristus dan bahawa hukum Injil Kristus yang tertinggi telah menggantikannya. Apabila Paulus kembali ke Yerusalem pada penghujung misinya yang ketiga (kira-kira 60Ā M), dia telah menemui bahawa banyak para anggota Gereja berbangsa Yahudi masih lagi berpegang kepada hukum Musa (Kis. 21:20). Ini sekurang-kurangnya sepuluh tahun selepas sebuah persidangan Gereja di Yerusalem telah memutuskan bahawa sesetengah tatacara-tatacara dari hukum Musa adalah tidak perlu bagi keselamatan orang Kristian yang bukan dari bangsa Israel. Nampaknya, tidak lama selepas itu Paulus telah menulis kepada orang Ibrani untuk menunjukkan kepada mereka melalui tulisan suci mereka sendiri dan melalui alasan yang kukuh mengapa mereka tidak sepatutnya lagi mempraktikkan hukum Musa.

Bab 1 dan 2 menjelaskan bahawa Yesus adalah lebih besar daripada para malaikat. Bab 3ā€“7 membandingkan Yesus dengan Musa dan dengan hukum Musa dan bersaksi bahawa Dia adalah lebih besar daripada kedua-duanya. Ia juga mengajarkan bahawa Imamat Melkisedek adalah lebih besar daripada Imamat Harun. Bab 8ā€“9 menghuraikan bagaimana tatacara-tatacara Musa mempersiapkan orang bagi pelayanan Kristus dan bagaimana Kristus merupakan pengantara bagi perjanjian yang baru (Alma 37:38ā€“45; A&P 84:21ā€“24). Bab 10 ialah desakan pada ketekunan dan kesetiaan. Bab 11 ialah suatu khutbah mengenai iman. Bab 12 memberikan peringatan dan salam. Bab 13 mengaitkan sifat terhormat perkahwinan dan pentingnya kepatuhan.