Bantuan Pengkajian
Lot


Lot

Di dalam Perjanjian Lama, anak lelaki kepada Haran dan anak saudara kepada Abraham (Kej. 11:27, 31; Abr. 2:4). Haran mati kerana bencana kebuluran di Ur (Abr. 2:1). Lot meninggalkan Ur bersama Abraham dan Sara serta melakukan perjalanan bersama mereka ke Kanaan (Kej. 12:4ā€“5). Lot memilih untuk tinggal di Sodom. Tuhan mengirim utusan untuk memberi amaran kepada Lot untuk melarikan diri dari Sodom sebelum Tuhan menghancurkannya kerana kejahatan orang-orang (Kej. 13:8ā€“13; 19:1, 13, 15); namun demikian, isteri Lot memandang ke belakang pada penghancuran tersebut dan menjadi tiang garam (Kej. 19:26). Perjanjian Baru memuatkan rujukan-rujukan terhadap Lot (Luk. 17:29; 2Ā Ptr. 2:6ā€“7). Kehidupannya setelah perpisahannya dengan Abraham dihuraikan di dalam Kejadian 13, 14, dan 19.