Bantuan Pengkajian
Pengisytiharan Rasmi 2


Pengisytiharan Rasmi 2

Suatu pernyataan ajaran berkenaan siapa yang boleh memegang imamat Tuhan, sekarang tercetak pada halaman-halaman terakhir dari Ajaran dan Perjanjian. Pada awal Jun 1978, Tuhan mengungkapkan kepada Presiden SpencerĀ W. Kimball bahawa imamat hendaknya diberikan kepada semua ahli lelaki Gereja yang layak. Ini menjadikan imamat tersedia bagi semua lelaki yang layak dan berkat-berkat bait suci tersedia bagi semua ahli yang layak, tanpa peduli kaum atau warna kulit. Pada tanggal 30Ā September 1978, maklumat ini disampaikan pada persidangan umum Gereja dan dengan suara bulat diterima.