Bantuan Pengkajian
Pengenalan


Panduan Tulisan Suci

Panduan Tulisan Suci mentaksirkan ajaran, asas, orang, dan tempat yang terpilih yang ditemui di dalam Alkitab, Kitab Mormon, Ajaran dan Perjanjian, dan Mutiara yang Sangat Berharga. Ia juga menyediakan rujukan-rujukan dari tulisan suci utama untuk anda mengkaji bagi setiap topik. Panduan ini dapat membantu anda di dalam pembelajaran tulisan suci secara individu dan keluarga. Ia dapat membantu anda menjawab soalan-soalan tentang Injil, mengkaji topik-topik di dalam tulisan suci, menyediakan ucapan dan pengajaran, dan meningkatkan pengetahuan dan kesaksian anda tentang injil.

Rajah berikut menjelaskan satu contoh entri di dalam Panduan Tulisan Suci:

Imej
contoh

Bumi

Adalah planet di tempat mana kita tinggal, diciptakan oleh Tuhan melalui Yesus Kristus untuk digunakan oleh manusia sewaktu percubaan fana mereka. Takdir bumi yang terakhir ialah untuk menjadi tempat yang dipermuliakan (A&P 77:1ā€“2; 130:8ā€“9). Bumi akan menjadi sebuah warisan abadi bagi mereka yang telah hidup secara layak bagi kerajaan selestial (A&P 88:14ā€“26). Mereka akan menikmati untuk berada dalam hadirat Bapa dan Putera (A&P 76:62).

Dicipta bagi manusia

Gunung Zaitun

Kayu Efraim

Topik-topik adalah dalam huruf tebal.

Topik-topik termasuk satu definisi singkat.

Sesetengah topik mempunyai sub-entri. Ini adalah dalam bentuk huruf condong.

Rujukan-rujukan tulisan suci yang berkaitan diberikan dalam tanda kurungan.

Kekadang maklumat tentang sebuah subjek tidak dimasukkan di bawah topik yang anda cari. Perkataan berhuruf condong Lihat mengarah anda ke topik di mana maklumat tersebut ditemui.

Kekadang topik-topik lain di dalam panduan mengandungi maklumat yang berkaitan dengan topik yang anda kaji. Perkataan berhuruf condong Lihat juga mengarah anda ke topik-topik yang berkaitan ini.

Rujukan-rujukan tulisan suci yang membantu anda memahami definisi tersebut adalah di dalam tanda kurungan.

Setiap rujukan tulisan suci dimulakan dahulu dengan sebuah petikan pendek dari tulisan suci atau rumusan tulisan suci tersebut.

Perkataan berhuruf condong Lihat (atau Lihat juga) diikuti dengan sengkang ini memberitahu anda bahawa maklumat tersebut ditemui di dalam satu sub-entri (ā€œAkhir Duniaā€) dari satu topik utama (ā€œDuniaā€).