Bantuan Pengkajian
Penglihatan Pertama


Penglihatan Pertama

Tuhan Bapa dan Putera-Nya Yesus Kristus menampakkan diri kepada Nabi Joseph Smith di sebuah pohonan hutan.

Pada musim bunga 1820, Joseph Smith Jr. berada dalam usianya yang ke lima belas tahun. Dia tinggal bersama keluarganya di sebuah pekan kecil di Palmyra, New York. Tidak berapa jauh di sebelah barat daripada rumah keluarganya terdapat sebuah dusun pohonan yang besar. Joseph telah pergi ke tempat ini untuk berdoa kepada Tuhan untuk mengetahui gereja manakah yang benar. Dia telah berasa tertarik semasa membaca Alkitab bahawa dia mesti mencari jawapan tersebut daripada Tuhan (Yak. 1:5ā€“6). Sebagai jawapan kepada doanya, Bapa dan Putera telah menampakkan diri kepadanya dan memberitahunya untuk tidak menyertai mana-mana gereja pun yang ada di atas bumi pada waktu itu, kerana mereka semua adalah tidak benar (JSā€”S 1:15ā€“20). Pengalaman kudus ini telah memulakan peristiwa-peristiwa bersiri yang akan membawa Pemulihan Injil dan Gereja Kristus yang sejati.