Bantuan Pengkajian
Kejatuhan Adam dan Hawa


Kejatuhan Adam dan Hawa

Proses yang mana umat manusia menjadi fana di atas bumi ini. Apabila Adam dan Hawa memakan buah terlarang itu, mereka menjadi fana, iaitu, tunduk kepada dosa dan kematian. Adam menjadi ā€œmakhluk berdaging yang pertamaā€ di atas bumi (Musa 3:7). Wahyu zaman akhir membuat penjelasan bahawa Kejatuhan merupakan suatu berkat dan bahawa Adam dan Hawa harus dihormati sebagai ibu bapa pertama bagi semua umat manusia.

Kejatuhan merupakan satu langkah yang perlu dalam perkembangan manusia. Kerana Tuhan mengetahui bahawa Kejatuhan akan berlaku, Dia telah merancangkan bagi kita di kehidupan pra-fana seorang Juruselamat. Yesus Kristus telah datang pada zaman pertengahan waktu untuk menebus bagi Kejatuhan Adam dan juga bagi dosa-dosa peribadi manusia dengan syarat melalui pertaubatan seseorang itu.