Bantuan Pengkajian
Yunus


Yunus

Seorang nabi Perjanjian Lama yang dipanggil oleh Tuhan untuk mengkhutbahkan pertaubatan ke kota Niniwe (Yun. 1:1ā€“2).

Kitab Yunus

Sebuah kitab di dalam Perjanjian Lama yang menceritakan tentang suatu pengalaman dalam kehidupan Yunus. Yunus kemungkinannya tidak menuliskan kitab itu sendiri. Idea utama kitab Yunus adalah bahawa Yehovah memerintah di mana-mana sahaja dan tidak membataskan kasih-Nya kepada sebuah bangsa atau khalayak tertentu.

Dalam bab 1, Tuhan memanggil Yunus untuk berkhutbah ke Niniwe. Daripada melakukan seperti yang Tuhan telah perintahkan, Yunus melarikan diri dengan kapal dan telah ditelan oleh seekor ikan yang besar. Dalam bab 2, Yunus berdoa kepada Tuhan, dan ikan itu memuntahkan Yunus keluar ke tanah yang kering. Bab 3 mencatatkan bahawa Yunus telah pergi ke Niniwe dan bernubuat tentang kejatuhannya. Akan tetapi, orang-orang bertaubat. Dalam bab 4, Tuhan menegur Yunus kerana menjadi marah bahawa Tuhan menyelamatkan orang-orang itu.

Yesus mengajar bahawa ditelannya Yunus oleh ikan merupakan suatu bayangan akan kematian dan kebangkitan Yesus sendiri (Mat. 12:39ā€“40; 16:4; Luk. 11:29ā€“30).