Bantuan Pengkajian
Kerajaan Tuhan atau Kerajaan Syurga


Kerajaan Tuhan atau Kerajaan Syurga

Kerajaan Tuhan di atas bumi ialah Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir (A&P 65). Tujuan Gereja adalah untuk mempersiapkan para anggotanya untuk hidup selamanya di dalam kerajaan selestial atau kerajaan syurga. Bagaimanapun, tulisan suci kekadang menyebut Gereja sebagai kerajaan syurga, yang bererti bahawa Gereja ialah kerajaan syurga di atas bumi.

Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir ialah kerajaan Tuhan di atas bumi, tetapi ia pada saat sekarang terbatas pada kerajaan gerejawi. Semasa Milenium, kerajaan Tuhan akan menjadi baik secara politik mahupun gerejawi.