Bantuan Pengkajian
Rut


Rut

Dalam Perjanjian Lama, wanita Moab menantu Naomi dan Elimelekh, yang adalah orang Israel. Setelah kematian suaminya, Rut mengahwini sanak saudara Naomi, Boas. Anak lelaki mereka Obed adalah nenek moyang Daud dan Kristus. Cerita tentang Rut dengan indah menunjukkan penukaran hati dari seorang yang bukan orang Israel ke dalam kawanan Israel. Rut melepaskan tuhan dan kehidupannya terdahulu untuk bersatu dengan rumah tangga yang beriman dalam melayani Tuhan Israel (Rut 1:16).

Kitab Rut

Bab 1 menghuraikan kehidupan Elimelekh dan keluarganya di Moab. Setelah kematian suami-suami mereka, Naomi dan Rut pergi ke Betlehem. Bab 2 menjelaskan bahawa Rut mengumpulkan barli di ladang Boas. Bab 3 menceritakan bagaimana Naomi memberi petunjuk kepada Rut untuk pergi ke lantai pengirikan dan berbaring di kaki Boas. Bab 4 adalah cerita perkahwinan Rut dengan Boas. Mereka memiliki seorang anak lelaki, Obed, yang melalui garis keturunannya Daud dan Kristus datang.