Bantuan Pengkajian
Elisa


Elisa

Seorang nabi Perjanjian Lama dari Kerajaan Utara Israel dan seorang penasihat yang dipercayai oleh beberapa raja negeri tersebut.

Elisa memiliki suatu sikap yang lembut dan penyayang, berbeza dengan semangat membara yang dimiliki oleh gurunya, Elia. Mukjizat-mukjizatnya yang terkenal (2Ā Raj. 2ā€“5; 8) memberi kesaksian bahawa dia benar-benar telah menerima kuasa Elia apabila dia menggantikan Elia sebagai nabi (2Ā Raj. 2:9ā€“12). Sebagai contoh, dia menyembuhkan air dari sebuah mata air yang pahit, membelah air Sungai Yordan, menggandakan minyak seorang janda, membangkitkan seorang budak lelaki dari kematian, menyembuhkan seorang lelaki kusta, menyebabkan sebilah kapak besi terapung, dan memukul orang-orang Siria dengan kebutaan (2Ā Raj. 2ā€“6). Pelayanannya berpanjangan lebih daripada lima puluh tahun semasa pemerintahan Yehoram, Yehu, Yehoahas, dan Yoas.