Bantuan Pengkajian
Yarom


Yarom

Di dalam Kitab Mormon, anak lelaki kepada Enos dan cicit lelaki kepada Lehi. Dia menyimpan catatan-catatan bangsa Nefi selama enam puluh tahun, 420ā€“361Ā S.M. (Enos 1:25; Yarom 1:13). Dia adalah seorang lelaki yang setia yang memilih untuk tidak menulis terlampau banyak dalam catatan sejarah (Yarom 1:2).

Kitab Yarom

Hanya terdapat lima belas ayat di dalam kitab ini di dalam Kitab Mormon. Yarom mencatatkan bahawa bangsa Nefi berterusan menjalankan hukum Musa dan menanti-nantikan kedatangan Kristus. Mereka dipimpin oleh raja-raja yang merupakan para lelaki perkasa yang beriman. Mereka menjadi makmur ketika mereka mendengar kepada para nabi, para imam, dan para pengajar mereka.