Untuk membuatkan lembut hati dan mudah diajar, atau keadaan menjadi lembut hati dan mudah diajar. Kerendahan hati termasuklah mengakui kebergantungan kita kepada Tuhan dan berhasrat untuk tunduk pada kehendak-Nya.
Tuhan menuntunmu selama empat puluh tahun di padang belantara untuk merendahkan hatimu, Ul. 8:2 .
Aku merendahkan jiwaku dengan berpuasa, Mzm. 35:13 .
Lebih baik seorang muda miskin tetapi bijaksana daripada seorang raja tua tetapi bodoh, Pkh. 4:13 .
Tuhan tinggal bersama dia yang rendah hati, Yes. 57:15 .
Barang siapa yang akan merendahkan hatinya sendiri seperti anak kecil ini, orang yang sama adalah yang terbesar dalam kerajaan syurga, Mat. 18:4 .
Dia yang akan merendahkan hatinya sendiri akan dipermuliakan, Mat. 23:12 (Luk. 14:11 ; 18:14 ).
Yesus merendahkan dirinya dan menjadi patuh sampai kematian, Flp. 2:8 (Luk. 22:42 ; 23:46 ).
Tuhan menentang orang yang sombong, dan memberikan rahmat kepada yang rendah hati, 1Ā Ptr. 5:5ā6 (2Ā Ne. 9:42 ).
Kerendahan hati ialah suatu syarat kelayakan bagi pembaptisan, A&P 20:37 .
Rendahkan hatimu di hadapan-Ku dan kamu akan melihat-Ku dan mengetahui bahawa Aku ada, A&P 67:10 .
Jadilah engkau rendah hati dan Tuhan akan memberi engkau jawapan pada doa-doamu, A&P 112:10 .
Biarlah dia yang kurang berpengetahuan belajar kebijaksanaan dengan merendahkan hatinya, A&P 136:32 .
Roh diutus untuk mengajarkan yang rendah hati, A&P 136:33 .