Bantuan Pengkajian
Roh Kudus


Roh Kudus

Anggota ketiga dalam Kesatuan Ketuhanan (1Ā Yoh. 5:7; A&P 20:28). Dia adalah lenbaga Roh, tidak memiliki tubuh daging dan tulang (A&P 130:22). Roh Kudus sering dirujuk sebagai Roh, atau Roh Tuhan.

Roh Kudus melaksanakan beberapa peranan yang amat penting di dalam rancangan keselamatan. (1) Dia memberikan kesaksian tentang Bapa dan Putera (1Ā Kor. 12:3; 3Ā Ne. 28:11; Eter 12:41). (2) Dia mengungkapkan kebenaran tentang segala hal (Yoh. 14:26; 16:13; Moro. 10:5; A&P 39:6). (3) Dia mempersucikan mereka yang telah bertaubat dan dibaptiskan (Yoh. 3:5; 3Ā Ne. 27:20; Musa 6:64ā€“68). (4) Dia ialah Roh Kudus Perjanjian (A&P 76:50ā€“53; 132:7, 18ā€“19, 26).

Kuasa Roh Kudus dapat datang ke atas seseorang sebelum pembaptisan dan bersaksi bahawa Injil adalah benar. Tetapi hak untuk mempunyai penemanan tetap dari Roh Kudus, bila mana seseorang itu layak, merupakan suatu kurnia yang boleh diterima hanya melalui perletakan tangan oleh seorang pemegang Imamat Melkisedek selepas pembaptisan yang berwewenang ke dalam Gereja Yesus Kristus yang sejati.

Yesus mengajarkan bahawa semua dosa dapat diampuni kecuali nista terhadap Roh Kudus (Mat. 12:31ā€“32; Mrk. 3:28ā€“29; Luk. 12:10; Ibr. 6:4ā€“8; A&P 76:34ā€“35).