Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 13


Bahagian 13

Sebuah petikan daripada sejarah Joseph Smith menceritakan pentahbisan Nabi dan Oliver Cowdery pada Imamat Harun berdekatan Harmony, Pennsylvania, 15 Mei 1829. Pentahbisan dilakukan oleh tangan seorang malaikat yang memperkenalkan dirinya sebagai Yohanes, orang yang sama yang disebut Yohanes Pembaptis dalam Perjanjian Baru. Malaikat itu menjelaskan bahawa dia bertindak di bawah arahan Petrus, Yakobus, dan Yohanes, para Rasul zaman dahulu, yang memegang kunci-kunci imamat yang lebih tinggi, yang disebut Imamat Melkisedek. Janji diberikan kepada Joseph dan Oliver bahawa pada waktu yang tepat imamat yang lebih tinggi ini akan dianugerahkan ke atas diri mereka. (Lihat bahagian 27:7–8, 12.)

Kunci-kunci dan kuasa Imamat Harun dinyatakan.

1 Ke atas dirimu para hamba sesamaku, di dalam nama Mesias aku amenganugerahkan bImamat Harun, yang memegang kunci-kunci pelayanan para cmalaikat, dan Injil dpertaubatan, dan epembaptisan melalui pencelupan untuk pengampunan dosa-dosa; dan ini tidak akan pernah diambil lagi dari bumi, sehingga fanak-anak lelaki Lewi mempersembahkan lagi suatu persembahan kepada Tuhan dalam gkesolehan.