Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 118


Bahagian 118

Wahyu yang diberikan melalui Nabi Joseph Smith, di Far West, Missouri, 8 Julai 1838, sebagai jawapan terhadap rayuan, “Tunjukkanlah kepada kami kehendak-Mu, Ya Tuhan, mengenai Dua Belas.”

1–3, Tuhan akan menyediakan bagi para keluarga Dua Belas; 4–6, Kekosongan di dalam Dua Belas diisi.

1 Sesungguhnya, demikianlah firman Tuhan: Biarlah sebuah persidangan diadakan dengan segera; biarlah Dua Belas diatur; dan biarlah para lelaki ditetapkan untuk amengisi tempat mereka yang telah jatuh.

2 Biarlah hamba-Ku aThomas tetap tinggal untuk suatu tempoh waktu di negeri Sion, untuk menerbitkan firman-Ku.

3 Biarlah yang selebihnya terus berkhutbah dari saat itu, dan jika mereka akan melakukan ini dengan segenap kerendahan hati, dalam kelembutan hati dan akerendahan hati, dan bpanjang sabar, Aku, Tuhan, memberikan kepada mereka sebuah janji bahawa Aku akan menyara keluarga mereka; dan pintu jalan akan dibukakan bagi mereka, sejak dari sekarang.

4 Dan pada musim bunga yang akan datang biarlah mereka pergi melintasi perairan luas, dan di sana menyebarkan Injil-Ku, kegenapannya, dan memberikan kesaksian tentang nama-Ku.

5 Biarlah mereka mengundurkan diri daripada para orang suci-Ku di Kota Far West, pada hari kedua puluh enam bulan April yang akan datang, di atas tanah tempat rumah-Ku, firman Tuhan.

6 Biarlah hamba-Ku John Taylor, dan juga hamba-Ku John E. Page, dan juga hamba-Ku Wilford Woodruff, dan juga hamba-Ku Willard Richards, ditetapkan untuk mengisi jawatan mereka yang telah jatuh, dan secara rasminya diberitahu tentang pelantikan mereka.