Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 37


Bahagian 37

Wahyu yang diberikan kepada Nabi Joseph Smith dan Sidney Rigdon, berdekatan dengan Fayette, New York, Disember 1830. Di dalamnya diberikan perintah pertama tentang sebuah pengumpulan pada zaman keagamaan ini.

1–4, Para Orang Suci dipanggil untuk berkumpul di Ohio.

1 Lihatlah, Aku berfirman kepadamu bahawa belumlah perlu menurut-Ku bahawa kamu akan amenterjemahkan lagi sehinggalah kamu harus pergi ke Ohio, dan ini disebabkan oleh musuh dan demi kepentinganmu.

2 Dan lagi, Aku berfirman kepadamu bahawa kamu janganlah pergi sehingga kamu telah mengkhutbahkan Injil-Ku di bahagian-bahagian itu, dan telah menguatkan gereja di mana-mana pun ia berada, dan terutamanya di aColesville; kerana, lihatlah, mereka berdoa kepada-Ku dengan iman yang besar.

3 Dan lagi, sebuah perintah Aku berikan kepada gereja, bahawa adalah perlu menurut-Ku agar mereka akan berhimpun bersama di aOhio, menunggu waktu apabila hamba-Ku Oliver Cowdery akan kembali kepada mereka.

4 Lihatlah, inilah kebijaksanaan, dan biarlah setiap orang amemilih bagi dirinya sehingga Aku datang. Demikianlah. Amin.