Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 125


Bahagian 125

Wahyu yang diberikan melalui Nabi Joseph Smith, di Nauvoo, Illinois, Mac 1841, tentang para Orang Suci di Iowa.

1–4, Para Orang Suci harus membina kota dan berkumpul ke pancang-pancang Sion.

1 Apakah kehendak Tuhan tentang para orang suci di Wilayah Iowa?

2 Sesungguhnya, demikianlah firman Tuhan, Aku berfirman kepadamu, jika mereka yang amemanggil diri mereka dengan nama-Ku dan sedang berusaha untuk menjadi para orang suci-Ku, jika mereka mahu melakukan kehendak-Ku dan mentaati perintah-perintah-Ku mengenai mereka, biarlah mereka berkumpul bersama ke tempat-tempat yang akan Aku tetapkan bagi mereka melalui hamba-Ku Joseph, dan membina kota-kota demi nama-Ku, agar mereka boleh disediakan untuk apa yang tersimpan pada masa yang akan datang.

3 Biarlah mereka membina sebuah kota demi nama-Ku di atas tanah yang berhadapan dengan Kota Nauvoo, dan biarlah nama aZarahemla dinamakan ke atasnya.

4 Dan biarlah mereka semua yang datang dari timur, dan barat, dan utara, dan selatan, yang memiliki hasrat untuk tinggal di dalamnya, mengambil warisan mereka di tempat yang sama itu, serta di Kota aNashville, atau di Kota Nauvoo, dan di semua bpasak yang telah Aku tetapkan, firman Tuhan.