Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 100


Bahagian 100

Wahyu yang diberikan kepada Nabi Joseph Smith dan Sidney Rigdon, di Perrysburg, New York, 12 Oktober 1833. Dua saudara ini, setelah tidak berada bersama keluarga mereka untuk beberapa hari, berasa risau tentang mereka.

1–4, Joseph dan Sidney mengkhutbahkan Injil demi keselamatan para jiwa; 5–8, Ianya akan diberikan kepada mereka pada jam yang tepat apa yang harus mereka katakan; 9–12, Sidney akan menjadi jurucakap dan Joseph akan menjadi pewahyu dan perkasa dalam kesaksian; 13–17, Tuhan akan membangunkan suatu umat yang murni, dan yang patuh akan diselamatkan.

1 Sesungguhnya, demikianlah firman Tuhan kepadamu, teman-teman-Ku aSidney dan bJoseph, keluargamu sihat; mereka berada dalam tangan-Ku, dan Aku akan melakukan terhadap mereka seperti yang kelihatannya baik bagi-Ku; kerana di dalam-Ku adanya segala kuasa.

2 Oleh kerana itu, ikutlah Aku, dan dengarkanlah nasihat yang akan Aku berikan kepadamu.

3 Lihatlah, dan tengoklah, Aku mempunyai banyak orang di tempat ini, di wilayah-wilayah sekitarnya; dan sebuah pintu jalan akan dibukakan di wilayah sekitarnya di negeri sebelah timur ini.

4 Oleh kerana itu, Aku, Tuhan, telah membiarkanmu untuk datang ke tempat ini; kerana demikianlah ianya adalah perlu menurut-Ku demi akeselamatan para jiwa.

5 Oleh kerana itu, sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, angkatlah suaramu kepada orang-orang ini; akatakanlah fikiran yang akan Aku letakkan ke dalam hatimu, dan kamu tidak akan ditundukkan di hadapan manusia;

6 Kerana akan adiberikan kepadamu pada jam yang tepat, ya, pada saat yang tepat, apa yang harus kamu katakan.

7 Tetapi sebuah perintah Aku berikan kepadamu, bahawa kamu harus memaklumkan apa pun hal yang kamu amaklumkan dalam nama-Ku, dalam kekhusyukan hati, dalam roh bkelembutan hati, dalam semua hal.

8 Dan Aku memberi kepadamu janji ini, bahawa sejauh kamu melakukan ini aRoh Kudus akan dicurahkan dalam memberikan kesaksian untuk semua hal apa pun yang akan kamu katakan.

9 Dan ianya adalah perlu menurut-Ku bahawa kamu, hamba-Ku Sidney, harus menjadi ajurucakap bagi orang-orang ini; ya, sesungguhnya, Aku akan menahbiskanmu pada panggilan ini, bahkan untuk menjadi jurucakap bagi hamba-Ku Joseph.

10 Dan Aku akan memberikan kepadanya kuasa untuk menjadi perkasa dalam akesaksian.

11 Dan Aku akan memberi kepadamu kuasa untuk menjadi aperkasa dalam menghuraikan semua tulisan suci, agar engkau boleh menjadi jurucakap baginya, dan dia akan menjadi bpewahyu bagimu, agar engkau boleh mengetahui kepastian akan semua hal berkaitan dengan hal-hal tentang kerajaan-Ku di atas bumi.

12 Oleh kerana itu, teruskanlah perjalananmu dan biarlah hatimu bersukacita; kerana lihatlah, dan tengoklah, Aku bersertamu bahkan sehingga akhir.

13 Dan sekarang Aku memberi kepadamu firman tentang aSion. Sion akan bditebus, walaupun dia dihukum untuk suatu tempoh masa yang singkat.

14 Saudara-saudaramu, hamba-Ku aOrson Hyde dan John Gould, berada dalam tangan-Ku; dan sejauh mereka mentaati perintah-perintah-Ku mereka akan diselamatkan.

15 Oleh kerana itu, biarlah hatimu terhibur; kerana asemua hal akan bekerja bersama demi kebaikan mereka yang berjalan dengan lurus, dan bagi pengudusan gereja.

16 Kerana Aku akan membangunkan bagi diri-Ku suatu umat yang amurni, yang akan melayani-Ku dalam kesolehan;

17 Dan semua yang amemanggil nama Tuhan, dan mentaati perintah-perintah-Nya, akan diselamatkan. Demikianlah. Amin.