Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 2


Bahagian 2

Sebuah petikan daripada sejarah Joseph Smith berkaitan perkataan malaikat Moroni kepada Nabi Joseph Smith, semasa berada di dalam rumah ayahnya di Manchester, New York, pada malam 21 September 1823. Moroni ialah orang yang terakhir daripada sebuah senarai panjang para sejarawan yang telah membuat catatan yang sekarang berada di hadapan dunia sebagai Kitab Mormon. (Bandingkan dengan Maleakhi 4:5–6; juga bahagian 27:9; 110:13–16; dan 128:18.)

1, Elia akan mengungkapkan imamat; 2–3, Janji-janji para nenek moyang tertanam dalam hati anak-anak.

1 Lihatlah, Aku akan mengungkapkan kepadamu Imamat, melalui tangan aElia si Nabi, sebelum kedatangan hari Tuhan yang bbesar dan mengerikan.

2 Dan adia akan menanamkan dalam hati anak-anak bperjanjian yang dibuat kepada nenek moyang, dan hati anak-anak akan berpaling kepada nenek moyang mereka.

3 Jika tidak demikian, seluruh bumi akan dibinasakan sepenuhnya semasa kedatangan-Nya.