Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 34


Bahagian 34

Wahyu yang diberikan melalui Nabi Joseph Smith kepada Orson Pratt, di Fayette, New York, 4 November 1830. Saudara Pratt berumur sembilan belas tahun pada waktu itu. Dia telah bertukar hati dan dibaptiskan semasa dia pertama kali mendengar pengkhutbahan Injil yang dipulihkan melalui abangnya, Parley P. Pratt, enam minggu sebelumnya. Wahyu ini diterima di rumah Peter Whitmer Sr.

1–4, Yang setia menjadi anak-anak Tuhan melalui Korban Tebusan; 5–9, Pengkhutbahan Injil menyediakan jalan bagi Kedatangan Kedua; 10–12, Nubuat datang melalui kuasa Roh Kudus.

1 Anak-Ku aOrson, dengar dan lihatlah apa yang akan Aku, Tuhan Raja, firmankan kepadamu, bahkan Yesus Kristus Penebusmu;

2 aCahaya dan kehidupan dunia, suatu cahaya yang bersinar dalam kegelapan dan kegelapan itu tidak memahaminya;

3 Yang sangat amengasihi dunia sehingga bDia cmemberikan nyawa-Nya sendiri, agar seberapa banyak yang akan percaya boleh menjadi danak-anak Tuhan. Kerana itu kamu ialah anak-Ku;

4 Dan adiberkatilah kamu kerana kamu telah percaya;

5 Dan lebih diberkatilah kamu kerana kamu adipanggil oleh-Ku untuk mengkhutbahkan Injil-Ku—

6 Untuk mengangkat suaramu bagaikan bunyi sangkakala, dengan panjang dan nyaring, dan amenyerukan pertaubatan kepada suatu generasi yang berputar belit dan suka membantah, menyediakan jalan Tuhan untuk bkedatangan kedua-Nya.

7 Kerana lihatlah, sesungguh-sungguhnya, Aku berfirman kepadamu, awaktunya akan segera tiba apabila Aku akan datang dalam bawan dengan kuasa dan kemuliaan yang besar.

8 Dan ia akan menjadi satu ahari yang besar pada waktu kedatangan-Ku, kerana segala bangsa akan bgementar.

9 Tetapi sebelum hari yang besar itu akan datang, matahari akan digelapkan, dan bulan berubah menjadi darah; dan bintang-bintang enggan bersinar, dan ada yang akan jatuh, dan kehancuran yang besar menunggu yang jahat.

10 Kerana itu, angkatlah suaramu dan janganlah amenahan diri, kerana Tuhan Raja telah berfirman; oleh kerana itu bernubuatlah, dan ia akan diberikan melalui bkuasa Roh Kudus.

11 Dan jika kamu setia, lihatlah, Aku bersamamu sehingga Aku datang—

12 Dan sesungguh-sungguhnya, Aku berfirman kepadamu, Aku datang dengan cepat. Aku ialah Tuhanmu dan Penebusmu. Demikianlah. Amin.