Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 55


Bahagian 55

Wahyu yang diberikan melalui Nabi Joseph Smith kepada William W. Phelps, di Kirtland, Ohio, 14 Jun 1831. William W. Phelps, seorang pencetak, dan keluarganya baru saja tiba di Kirtland, dan Nabi mencari Tuhan untuk maklumat tentang dia.

1–3, William W. Phelps dipanggil dan dipilih untuk dibaptiskan, untuk ditahbiskan sebagai penatua, dan untuk mengkhutbahkan Injil; 4, Dia juga harus menulis buku untuk kanak-kanak di sekolah-sekolah Gereja; 5–6, Dia mesti melakukan perjalanan ke Missouri, yang akan menjadi bidang pekerjaannya.

1 Lihatlah, demikianlah firman Tuhan kepadamu, hamba-Ku William, ya, bahkan Tuhan seluruh abumi, engkau dipanggil dan dipilih; dan selepas engkau bdibaptis dengan air, yang jika kamu lakukan dengan tumpuan matamu adalah satu pada kemuliaan-Ku, kamu akan memperoleh pengampunan dosa-dosamu dan penerimaan Roh Kudus melalui perletakan ctangan;

2 Dan kemudian engkau akan ditahbiskan oleh tangan hamba-Ku Joseph Smith Jr., untuk menjadi penatua bagi gereja ini, untuk mengkhutbahkan pertaubatan dan apengampunan dosa-dosa dengan cara pembaptisan dalam nama Yesus Kristus, Putera Tuhan yang hidup.

3 Dan ke atas sesiapa pun kamu akan letakkan tanganmu, jika mereka menyesal di hadapan-Ku, kamu akan memiliki kuasa untuk memberikan Roh Kudus.

4 Dan lagi, kamu akan ditahbiskan untuk membantu hamba-Ku Oliver Cowdery melakukan pekerjaan mencetak, dan memilih dan menulis abuku untuk sekolah-sekolah di dalam gereja ini, agar anak-anak kecil juga boleh menerima tunjuk ajar di hadapan-Ku yang menyenangkan bagi-Ku.

5 Dan lagi, sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, untuk tujuan ini kamu akan melakukan perjalananmu bersama hamba-Ku Joseph Smith Jr., dan Sidney Rigdon, agar kamu boleh aditempatkan di negeri warisanmu untuk melakukan pekerjaan ini.

6 Dan lagi, biarlah hamba-Ku Joseph Coe juga melakukan perjalanannya bersama mereka. Selebihnya akan diberitahukan selepas ini, bahkan seperti yang Aku kehendaki. Amin.