Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 131


Bahagian 131

Petunjuk oleh Nabi Joseph Smith, diberikan di Ramus, Illinois, 16 dan 17 Mei 1843.

1–4, Perkahwinan selestial penting untuk permuliaan di dalam syurga yang paling tinggi; 5–6, Bagaimana manusia dimeteraikan pada kehidupan kekal dijelaskan; 7–8, Semua roh adalah jirim.

1 Di dalam kemuliaan aselestial ada tiga syurga atau tingkat;

2 Dan untuk mendapatkan yang apaling tinggi, seseorang itu mesti masuk ke dalam tarekat keimamatan ini [bermaksud perjanjian perkahwinan yang bbaru dan kekal];

3 Dan jika dia tidak melakukannya, dia tidak boleh mendapatkannya.

4 Dia boleh masuk ke dalam yang lain, tetapi itu adalah kerajaannya yang muktamad; dia tidak dapat memperoleh apeningkatan.

5 (17 Mei 1843.) Firman anubuat yang lebih pasti bermaksud seseorang yang mengetahui bahawa dia bdimeteraikan pada ckehidupan kekal, melalui wahyu dan roh nubuat, melalui kuasa Imamat Kudus.

6 Adalah mustahil bagi seseorang itu untuk adiselamatkan dalam bkejahilan.

7 Tiada suatu benda pun yang bukan jirim. Semua aroh adalah jirim, tetapi lebih halus atau suci, dan hanya dapat dilihat melalui mata yang blebih suci;

8 Kita tidak dapat melihatnya; tetapi apabila tubuh kita disucikan kita akan melihat bahawa keseluruhannya adalah jirim.