Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 126


Bahagian 126

Wahyu yang diberikan melalui Nabi Joseph Smith, di dalam rumah Brigham Young, di Nauvoo, Illinois, 9 Julai 1841. Pada waktu ini Brigham Young adalah Presiden Kuorum Dua Belas Rasul.

1–3, Brigham Young dipuji kerana kerja-kerjanya dan dilepaskan dari perjalanan ke luar negeri pada masa depan.

1 Saudara yang tersayang dan dikasihi, aBrigham Young, sesungguhnya demikianlah firman Tuhan kepadamu: Hamba-Ku Brigham, tidak lagi diperlukan daripada tanganmu untuk meninggalkan keluargamu seperti pada waktu-waktu yang lalu, kerana persembahanmu diterima bagi-Ku.

2 Aku telah melihat akerja dan pembantingan tulangmu dalam perjalanan demi nama-Ku.

3 Aku oleh kerana itu memerintahkanmu untuk mengirimkan firman-Ku ke luar negeri, dan menguruskan akeluargamu dengan baik sejak dari waktu ini, sekarang dan selamanya. Amin.