Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 26


Bahagian 26

Wahyu yang diberikan kepada Nabi Joseph Smith, Oliver Cowdery, dan John Whitmer, di Harmony, Pennsylvania, Julai 1830 (lihat pengenalan untuk bahagian 24).

1, Mereka diarahkan untuk mengkaji tulisan suci dan untuk berkhutbah; 2, Hukum persetujuan bersama ditegakkan.

1 Lihatlah, Aku berfirman kepadamu bahawa kamu haruslah membiarkan waktumu diabdikan untuk apengkajian tulisan suci, dan untuk berkhutbah, dan untuk menetapkan jemaah di bColesville, dan untuk melaksanakan pekerjaanmu di tanah ini, seperti yang diperlukan, sehingga kamu telah pergi ke barat untuk mengadakan persidangan yang berikutnya; dan kemudian akan diberitahukan apa yang kamu harus lakukan.

2 Dan semua hal akan dilakukan dengan apersetujuan bersama di dalam gereja, melalui banyak doa dan iman, kerana semua hal akan kamu terima melalui iman. Amin.