Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 89


Bahagian 89

Wahyu yang diberikan melalui Nabi Joseph Smith, di Kirtland, Ohio, 27 Februari 1833. Disebabkan dahulu para saudara menggunakan tembakau di dalam pertemuan-pertemuan mereka, menyebabkan Nabi untuk merenungkan tentang masalah itu; akibatnya, dia bertanya kepada Tuhan mengenainya. Wahyu ini, yang dikenali sebagai Kata-kata Bijaksana, merupakan hasilnya.

1–9, Penggunaan wain, minuman keras, tembakau, dan minuman panas dilarang; 10–17, Tumbuhan herba, buah-buahan, daging, dan bijirin ditetapkan untuk kegunaan manusia dan haiwan; 18–21, Kepatuhan pada hukum Injil, termasuk Kata-kata Bijaksana, membawakan berkat-berkat duniawi dan rohani.

1 Suatu aKata-kata Bijaksana, demi manfaat majlis imam tinggi, yang dihimpunkan di Kirtland, dan gereja, dan juga para orang suci di Sion—

2 Dikirimkan sebagai salam; bukan sebagai perintah atau desakan, tetapi melalui wahyu dan kata-kata bijaksana, menunjukkan tarekat dan akehendak Tuhan dalam keselamatan duniawi semua orang suci pada zaman akhir—

3 Diberikan sebagai suatu asas dengan ajanji, disesuaikan dengan kemampuan yang lemah dan yang paling lemah daripada semua borang suci, yang merupakan atau boleh dipanggil orang suci.

4 Lihatlah, sesungguhnya, demikianlah firman Tuhan kepadamu: Disebabkan akejahatan dan rancangan yang ada dan akan ada di dalam hati orang-orang jahat yang bbersubahat pada zaman akhir, Aku telah cmemperingatkanmu, dan memperingatkanmu sebelumnya, dengan memberikan kepadamu kata-kata bijaksana ini melalui wahyu—

5 Agar sejauh sesiapa pun minum awain atau minuman keras di antara kamu, lihatlah ianya tidak baik, tidak juga baik pada pandangan Bapamu, kecuali dalam berhimpun bersama untuk mempersembahkan sakramenmu di hadapan-Nya.

6 Dan, lihatlah, ini seharusnya wain, ya, wain amurni dari buah pokok anggur, buatanmu sendiri.

7 Dan, lagi, aminuman keras bukanlah untuk perut, tetapi untuk mencuci tubuhmu.

8 Dan lagi, tembakau bukanlah untuk atubuh, tidak juga untuk perut, dan tidaklah baik untuk manusia, tetapi ia adalah tumbuhan herba untuk lebam-lebam dan semua haiwan ternakan yang sakit, untuk digunakan dengan pertimbangan dan kemahiran.

9 Dan lagi, minuman panas bukanlah untuk tubuh atau perut.

10 Dan lagi, sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, semua tumbuhan aherba yang menyihatkan telah Tuhan tetapkan sebagai kesejahteraan, fitrah, dan penggunaan manusia—

11 Setiap tumbuhan herba semasa musimnya, dan setiap buah semasa musimnya; semua ini untuk digunakan dengan kebijaksanaan dan akesyukuran.

12 Ya, juga adaging bbinatang dan burung-burung di udara, Aku, Tuhan, telah tetapkan untuk kegunaan manusia dengan kesyukuran; walaupun demikian ia harus diambil dengan cjarang-jarang.

13 Dan adalah menyenangkan bagi-Ku bahawa ianya tidak diambil, kecuali semasa musim sejuk, atau untuk cuaca sejuk, atau bencana kebuluran.

14 Semua abijirin ditetapkan untuk kegunaan manusia dan binatang, untuk menjadi tongkat kehidupan, bukan hanya untuk manusia tetapi untuk binatang-binatang di ladang, dan burung di langit, dan segala haiwan liar yang berlari atau merayap di atas bumi;

15 Dan semua ini telah Tuhan jadikan untuk kegunaan manusia hanya pada waktu bencana kebuluran dan kelaparan yang berlebihan.

16 Semua bijirin adalah baik untuk makanan manusia; seperti juga buah dari tanaman; yang menghasilkan buah, sama ada di dalam tanah atau di atas tanah—

17 Walaupun demikian, gandum untuk manusia, dan jagung untuk lembu, dan oat untuk kuda, dan rumput rai untuk burung-burung dan khinzir, dan untuk semua binatang di ladang, dan barli untuk semua haiwan yang berguna, dan untuk minuman ringan, seperti juga bijirin-bijirin lain.

18 Dan semua orang suci yang ingat untuk mentaati dan melakukan firman ini, berjalan dalam kepatuhan pada perintah-perintah, akan menerima akesihatan pada pusat dan tulang sumsum mereka;

19 Dan akan menemui akebijaksanaan dan harta bpengetahuan yang besar, bahkan harta-harta yang tersembunyi;

20 Dan akan aberlari dan tidak letih, dan akan berjalan dan tidak lemah.

21 Dan Aku, Tuhan, memberi kepada mereka sebuah ajanji, bahawa malaikat kehancuran akan bmelepasi mereka, seperti anak-anak Israel, dan tidak membunuh mereka. Amin.