Kitab Suci
Pengisytiharan Rasmi 2


Pengisytiharan Rasmi 2

Kitab Mormon mengajarkan bahawa “semua adalah sama bagi Tuhan.” Termasuk “hitam dan putih, terikat dan bebas, lelaki dan perempuan” (2 Nefi 26:33). Di seluruh sejarah Gereja, umat dari setiap bangsa dan etnik dalam banyak negeri telah dibaptiskan dan hidup sebagai para ahli Gereja yang beriman. Seumur hidup Joseph Smith, beberapa ahli lelaki berkulit hitam Gereja ditahbiskan imamat. Dalam sejarah awal, pemimpin Gereja berhenti menganugerahkan imamat kepada lelaki berkulit hitam berketurunan orang Afrika. Catatan Gereja tidak memberi pengetahuan yang jelas ke dalam sumber amalan ini. Pemimpin Gereja percaya bahawa sebuah wahyu daripada Tuhan di perlukan untuk mengubah amalan ini dan dengan penuh doa mencari bimbingan. Wahyu datang kepada Presiden Gereja Spencer W. Kimball dan ditegakkan kepada pemimpin Gereja lain di Bait Suci Salt Lake pada 1 Jun 1978. Wahyu tersebut mengeluarkan semua sekatan berkaitan kepada bangsa yang dahulu pernah memohon imamat.

Kepada yang Berkenaan:

Pada tarikh 30 September 1978, di Persidangan Umum Setengah Tahunan Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir ke-148, yang berikutnya ini disampaikan oleh Presiden N. Eldon Tanner, Penasihat Pertama dalam Presidensi Utama Gereja:

Pada awal Jun tahun ini, Presidensi Utama mengumumkan bahawa sebuah wahyu telah diterima oleh Presiden Spencer W. Kimball mengaruniakan berkat-berkat imamat dan bait suci kepada semua anggota Gereja lelaki yang layak. Presiden Kimball telah meminta agar saya memberitahu persidangan bahawa setelah dia menerima wahyu ini, yang datang kepadanya selepas bertafakur dan doa yang panjang di dalam bilik-bilik bait suci yang kudus, dia menyampaikannya kepada para penasihatnya, yang menerimanya dan menyetujuinya. Ia kemudiannya disampaikan kepada Kuorum Dua Belas Rasul, yang dengan sebulat suara menyetujuinya, dan sesudah itu disampaikan kepada semua Penguasa Umum yang lain, yang demikian juga menyetujuinya dengan sebulat suara.

Presiden Kimball telah meminta agar saya sekarang membacakan surat ini:

8 Jun 1978

Kepada seluruh pemimpin keimamatan umum dan tempatan dari Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir di seluruh dunia:

Saudara-saudara yang dikasih,

Semasa kami telah menyaksikan perkembangan pekerjaan Tuhan di atas bumi, kami bersyukur bahawa orang-orang dari banyak bangsa telah menerima baik pesanan Injil yang telah dipulihkan, dan telah mengikuti Gereja dengan jumlah yang terus bertambah. Ini, sebaliknya, telah mengilhami kami dengan hasrat untuk mengaruniakan kepada setiap anggota Gereja yang layak segala hak istimewa dan berkat yang Injil sediakan.

Menyedari akan janji-janji yang telah dibuat oleh para nabi dan presiden Gereja yang telah mendahului kami agar pada suatu masa nanti, dalam rancangan abadi Tuhan, semua saudara-saudara kita yang layak boleh menerima imamat, dan menyaksikan kesetiaan mereka yang tidak diberikan imamat, kami telah memohon dengan lama dan bersungguh-sungguh demi kepentingan mereka ini, saudara-saudara kita yang setia, menghabiskan berjam-jam di dalam Tingkat Atas Bait Suci memohon kepada Tuhan untuk bimbingan ilahi.

Dia telah mendengar doa-doa kami, dan melalui wahyu telah mengesahkan bahawa hari yang telah lama dijanjikan itu telah datang apabila setiap lelaki yang setia, yang layak di dalam Gereja boleh menerima imamat kudus, dengan kuasa untuk menjalankan wewenang ilahinya, dan menikmati bersama orang-orang yang dikasihinya setiap berkat yang mengalir darinya, termasuklah berkat-berkat bait suci. Sesuai dengan itu, semua anggota lelaki Gereja yang layak boleh ditahbiskan pada imamat tanpa mengira bangsa atau warna kulit. Para pemimpin imamat diberikan arahan untuk mengikuti polisi untuk menemu duga semua calon dengan cermat untuk penahbisan sama ada pada Imamat Harun ataupun Melkisedek untuk memastikan bahawa mereka memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan untuk layak.

Kami memaklumkan dengan kesungguhan bahawa Tuhan sekarang telah memberitahukan kehendak-Nya untuk pemberkatan semua anak-Nya di seluruh bumi yang mahu mendengarf suara para hamba-Nya yang berwewenang, dan menyediakan diri mereka untuk menerima setiap berkat Injil.

Dengan ikhlas,

Spencer W. Kimball

N. Eldon Tanner

Marion G. Romney

Presidensi Utama

Mengakui Spencer W. Kimball sebagai nabi, pelihat, dan pewahyu, dan presiden Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, adalah dicadangkan agar kita sebagai kumpulan perwakilan jemaah gereja menerima wahyu ini sebagai firman dan kehendak Tuhan. Semua yang menyokong silakan menunjukkannya dengan mengangkat tangan kanan anda. Sesiapa yang menentang juga dengan cara yang sama.

Undian untuk menyokong cadangan yang disebutkan tadi adalah sebulat suara terhadap penerimaannya.

Salt Lake City, Utah, 30 September 1978.