Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 135


Bahagian 135

Pengumuman kesyahidan Nabi Joseph Smith dan abangnya, Bapa Bangsa Hyrum Smith, di Carthage, Illinois, 27 Jun 1844. Dokumen ini ditambah pada akhir Ajaran dan Perjanjian edisi 1844, yang hampir bersedia untuk diterbitkan semasa Joseph dan Hyrum telah dibunuh.

1–2, Joseph dan Hyrum mati syahid di dalam Penjara Carthage; 3, Kedudukan unggul Nabi dinyatakan; 4–7, Darah mereka yang tidak berdosa bersaksi tentang kebenaran dan keilahian pekerjaan ini.

1 Untuk memeteraikan kesaksian kitab ini dan Kitab Mormon, kami mengumumkan akesyahidan Nabi bJoseph Smith, dan Bapa Bangsa Hyrum Smith. Mereka telah ditembak di dalam cPenjara Carthage, pada tarikh 27 Jun 1844, sekitar pukul lima petang, oleh sekumpulan perusuh yang bersenjata—yang bercat hitam—yang terdiri daripada 150 hingga 200 orang. dHyrum yang pertama ditembak dan jatuh dengan perlahan, berseru: Aku ialah orang mati! Joseph telah melompat dari jendela, dan ditembak mati dalam cubaannya itu, berseru: Ya Tuhan Rajaku! Mereka berdua ditembak selepas mereka mati, dengan cara yang kejam, dan kedua-duanya menerima empat butir peluru.

2 aJohn Taylor dan Willard Richards, dua orang daripada Dua Belas, sahaja merupakan orang-orang yang berada di dalam bilik itu pada waktu itu; yang pertamanya tercedera dengan parah dengan empat butir peluru, tetapi sejak dari itu telah pulih; yang kedua itu, melalui perlindungan daripada Tuhan, terlepas, bahkan tanpa satu lubang pun pada jubahnya.

3 Joseph Smith, aNabi dan bPelihat Tuhan, telah melakukan lebih banyak, selain Yesus sahaja, demi keselamatan manusia di dunia ini, daripada sesiapa pun yang pernah hidup di dalamnya. Dalam tempoh waktu dua puluh tahun yang singkat, dia telah membawakan Kitab Mormon, yang dia terjemahkan melalui kurnia dan kuasa Tuhan, dan telah menjadi alat dalam menerbitkannya di dua benua; telah menyebarkan ckegenapan Injil kekal, yang dikandunginya, ke empat penjuru bumi; telah mendatangkan wahyu dan perintah-perintah yang membentuk kitab Ajaran dan Perjanjian ini, dan banyak lagi dokumen dan arahan-arahan bijaksana yang lain demi manfaat anak-anak manusia; telah mengumpulkan beribu-ribu Orang Suci Zaman Akhir, mendirikan sebuah dkota yang besar, dan meninggalkan kemasyhuran dan nama yang tidak dapat dilenyapkan. Dia hidup dengan hebat, dan dia mati dengan hebat di mata Tuhan dan umatnya; dan seperti kebanyakan mereka yang Tuhan tetapkan pada zaman dahulu, telah memeteraikan misinya dan pekerjaannya dengan edarahnya sendiri; dan demikian juga abangnya Hyrum. Dalam kehidupan mereka tidak terbahagi, dan dalam kematian mereka tidak terpisah!

4 Apabila Joseph pergi ke Carthage untuk menyerahkan dirinya pada permintaan undang-undang yang palsu, dua atau tiga hari sebelum pembunuhannya, dia berkata: “Aku akan pergi bagaikan aseekor anak domba ke penyembelihan; tetapi aku tenang bagaikan suatu pagi di musim panas; aku mempunyai hati nurani yang tidak bersalah terhadap Tuhan, tidak juga terhadap semua orang. Aku akan mati tidak berdosa, dan kelak akan dikatakan tentangku—dia telah dibunuh dengan kejam.”—Pada pagi yang sama, setelah Hyrum bersedia untuk pergi—haruskah ianya dikatakan ke penyembelihan? ya, kerana begitulah demikiannya—dia membaca perenggan berikut, hampir dengan penghujung Eter bab dua belas, dalam Kitab Mormon, dan melipat halaman tersebut:

5 Dan terjadilah bahawa aku berdoa kepada Tuhan agar Dia akan memberikan kepada bangsa bukan Israel rahmat, agar mereka boleh memiliki kasih ihsan. Dan terjadilah bahawa Tuhan berfirman kepadaku: Jika mereka tidak memiliki kasih ihsan bukanlah masalah bagimu, engkau sentiasa setia; oleh itu pakaianmu akan dijadikan abersih. Dan kerana engkau telah melihat kelemahanmu, engkau akan dijadikan kuat, bahkan sehingga duduk di dalam tempat yang telah Aku sediakan di dalam tempat tinggal Bapa-Ku. Dan sekarang, aku … mengucapkan selamat tinggal kepada bangsa bukan Israel; ya, dan juga kepada saudara-saudaraku yang aku kasihi, sehingga kita akan bertemu di hadapan bkerusi penghakiman Kristus, di mana semua orang akan mengetahui bahawa pakaianku tidak dikotori dengan darahmu. Pemberi ckesaksian itu sekarang telah mati, dan kesaksian mereka berkuatkuasa.

6 Hyrum Smith berumur empat puluh empat tahun pada bulan Februari 1844, dan Joseph Smith tiga puluh lapan pada bulan Disember 1843; dan mulai sekarang nama mereka akan digolongkan di kalangan orang yang mati syahid untuk agama; dan pembaca di setiap bangsa akan diingatkan bahawa Kitab Mormon, dan kitab Ajaran dan Perjanjian gereja ini, bernilai darah terbaik pada abad kesembilan belas untuk mendatangkannya demi keselamatan dunia yang binasa; dan bahawa jika api dapat menghanguskan sebatang apokok hijau demi kemuliaan Tuhan, betapa mudahnya ia akan membakar pokok-pokok kering untuk menyucikan ladang anggur yang rosak. Mereka hidup demi kemuliaan; mereka mati demi kemuliaan; dan kemuliaan adalah ganjaran mereka yang kekal. Dari zaman ke zaman nama mereka akan diturunkan kepada anak cucu bagaikan permata bagi yang dikuduskan.

7 Mereka tidak berdosa dalam apa-apa jenayah pun, seperti yang sering mereka buktikan sebelumnya, dan hanya meringkuk di dalam penjara kerana pengkomplotan pengkhianat dan orang jahat; dan darah mereka yang tidak berdosa di atas lantai Penjara Carthage adalah suatu meterai nyata yang dikaitkan dengan “Mormonisme” yang tidak dapat dinafikan oleh mana-mana mahkamah di atas bumi, dan darah mereka yang tidak berdosa pada perisai lambang Negeri Illinois, dengan pengingkaran janji Negeri itu seperti yang diikrarkan oleh pentadbirnya, adalah suatu kesaksian terhadap kebenaran Injil kekal yang tidak dapat disangkali oleh seluruh dunia; dan darah mereka yang tidak berdosa pada bendera kemerdekaan, dan pada perlembagaan Amerika Syarikat, adalah duta bagi agama Yesus Kristus, yang akan menyentuh hati orang-orang yang jujur di kalangan semua bangsa; dan darah mereka yang tidak berdosa, bersama dengan darah mereka yang mati syahid yang tidak berdosa di bawah aaltar yang dilihat oleh Yohanes, akan berseru kepada Tuhan Semesta Alam sehinggalah Dia membalas bagi darah itu ke atas bumi. Amin.