Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 15


Bahagian 15

Wahyu yang diberikan melalui Nabi Joseph Smith kepada John Whitmer, di Fayette, New York, Jun 1829 (lihat pengenalan untuk bahagian 14). Pesanan ini akrab dan bersifat peribadi kerana Tuhan memberitahu tentang apa yang hanya diketahui oleh John Whitmer dan diri-Nya. John Whitmer kemudiannya menjadi salah seorang daripada Lapan Orang Saksi Kitab Mormon.

1–2, Lengan Tuhan berada di atas seluruh bumi; 3–6, Mengkhutbahkan Injil dan menyelamatkan jiwa adalah hal yang paling berharga.

1 Dengarlah, hamba-Ku John, dan dengarkanlah firman Yesus Kristus, Tuhanmu dan Penebusmu.

2 Kerana lihatlah, Aku berfirman kepadamu dengan ketajaman dan dengan akuasa, kerana lengan-Ku berada di atas seluruh bumi.

3 Dan Aku akan memberitahu kamu apa yang tak seorang pun tahu kecuali Aku dan engkau sendiri—

4 Kerana banyak kali kamu telah menghasratkan daripada-Ku untuk mengetahui apa yang akan menjadi paling berharga bagimu.

5 Lihatlah, diberkatilah kamu kerana hal ini, dan kerana membicarakan firman-Ku yang telah Aku berikan kepadamu menurut perintah-perintah-Ku.

6 Dan sekarang, lihatlah, Aku berfirman kepadamu, bahawa hal yang akan menjadi paling berharga bagimu adalah untuk amemaklumkan pertaubatan kepada orang-orang ini, agar kamu boleh membawa jiwa-jiwa kepada-Ku, agar kamu boleh bberistirahat bersama mereka di dalam ckerajaan dBapa-Ku. Amin.