Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 41


Bahagian 41

Wahyu yang diberikan melalui Nabi Joseph Smith kepada Gereja, di Kirtland, Ohio, 4 Februari 1831. Wahyu ini mengarahkan Nabi dan penatua Gereja berdoa untuk menerima “hukum” Tuhan (lihat bahagian 42). Joseph Smith telah baru dating ke Kirtland dari New York, dan Leman Copley, seorang ahli Gereja berdekatan Thompson, Ohio, “memohon Brother Joseph dan Sidney [Rigdon] … tinggal bersama dia dan melengkapi rumah mereka dan bekalan.” Wahyu seterusnya menjelaskan di mana Joseph dan Sidney harus tinggal serta memanggil Edward Partridge sebagai Uskup Gereja pertama.

1–3, Para penatua akan menguruskan Gereja melalui roh wahyu; 4–6, Para pengikut yang sejati akan menerima dan mentaati hukum Tuhan; 7–12, Edward Partridge ditahbiskan sebagai uskup bagi Gereja.

1 Dengarlah, Wahai kamu umat-Ku, firman Tuhan dan Rajamu, kamu yang senang Aku aberkati dengan berkat yang terbesar dari segala berkat, kamu yang mendengar-Ku; dan kamu yang tidak mendengar-Ku akan Aku bkutuk, yang telah cmengakui nama-Ku, dengan kutukan yang terberat dari segala kutukan.

2 Dengarlah, Wahai kamu penatua gereja-Ku yang telah Aku panggil, lihatlah Aku memberi kepadamu sebuah perintah, agar kamu harus berhimpun bersama untuk abersetuju ke atas firman-Ku;

3 Dan melalui doa dengan imanmu kamu akan menerima ahukum-Ku, agar kamu boleh mengetahui bagaimana menguruskan gereja-Ku dan menjadikan segala sesuatu benar di hadapan-Ku.

4 Dan Aku akan menjadi apemerintahmu apabila Aku bdatang; dan lihatlah, Aku datang dengan cepat, dan kamu harus memastikan bahawa hukum-Ku ditaati.

5 Dia yang amenerima hukum-Ku dan bmelakukannya, merekalah pengikut-Ku; dan dia yang berkata dia menerimanya dan tidak melakukannya, mereka bukanlah pengikut-Ku, dan akan cdiusir dari kalangan kamu;

6 Kerana tidaklah wajar bahawa hal-hal yang merupakan kepunyaan anak-anak kerajaan harus diberikan kepada mereka yang tidak layak, atau pada aanjing, atau bmutiara dilemparkan ke hadapan khinzir.

7 Dan lagi, adalah wajar bahawa hamba-Ku Joseph Smith Jr., harus membina sebuah arumah, untuk tempat tinggal dan bmenterjemah.

8 Dan lagi, adalah wajar bahawa hamba-Ku Sidney Rigdon harus hidup seperti yang kelihatan sesuai baginya, sejauh dia mentaati perintah-perintah-Ku.

9 Dan lagi, Aku telah memanggil hamba-Ku aEdward Partridge; dan Aku memberikan sebuah perintah, agar dia haruslah dipilih melalui suara gereja, dan ditahbiskan sebagai buskup bagi gereja, untuk meninggalkan barang dagangannya dan untuk cmenggunakan seluruh waktunya dalam pekerjaan gereja;

10 Untuk menguruskan segala hal yang akan ditetapkan kepadanya dalam hukum-hukum-Ku pada hari Aku akan memberikannya.

11 Dan ini kerana hatinya suci di hadapan-Ku, kerana dia seperti aNatanael dahulu kala, yang tidak ada btipu daya dalam dirinya.

12 Firman ini diberikan kepadamu, dan ianya suci di hadapan-Ku; kerana itu, berhati-hatilah bagaimana kamu memegangnya, kerana ia akan dipertanggungjawabkan ke atas jiwamu pada hari penghakiman. Demikianlah. Amin.