Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 44


Bahagian 44

Wahyu yang diberikan kepada Nabi Joseph Smith dan Sidney Rigdon, di Kirtland, Ohio, pada penghujung Februari 1831. Selaras dengan syarat yang di dinyatakan di dalam ini, Gereja menjadualkan sebuah persidangan untuk diadakan pada awal bulan Jun yang berikutnya.

1–3, Para penatua harus berhimpun di dalam persidangan; 4–6, Mereka mesti mengurus menurut undang-undang negara dan menjaga yang miskin.

1 Lihatlah, demikianlah firman Tuhan kepadamu para hambaku, adalah perlu menurut-Ku bahawa para penatua gereja-Ku haruslah dipanggil bersama, dari timur dan dari barat, dan dari utara dan dari selatan, melalui surat atau suatu cara yang lain.

2 Dan akan terjadilah, bahawa sejauh mereka setia, dan menjalankan iman kepada-Ku, Aku akan mencurahkan aRoh-Ku ke atas diri mereka pada hari mereka berhimpun bersama.

3 Dan akan terjadilah bahawa mereka akan pergi ke wilayah-wilayah di sekitar, dan amengkhutbahkan pertaubatan kepada orang-orang itu.

4 Dan banyak orang akan aditukarkan hati, sedemikian rupa sehingga kamu akan mendapat kuasa untuk menguruskan dirimu bmenurut hokum-hukum manusia;

5 Agar amusuhmu tidak dapat memiliki kuasa ke atas kamu; agar kamu boleh dilindungi dalam segala hal; agar kamu dapat dibenarkan untuk mentaati hukum-hukum-Ku; agar setiap ikatan boleh diputuskan yang dengannya musuh berusaha untuk menghancurkan umat-Ku.

6 Lihatlah, Aku berfirman kepadamu, bahawa kamu mesti amengunjungi yang miskin dan yang memerlukan dan melayani demi pertolongan mereka, agar mereka boleh dijaga sehingga segala hal boleh dilakukan menurut hukum-Ku yang telah kamu terima. Amin.