Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 81


Bahagian 81

Wahyu yang diberikan melalui Nabi Joseph Smith, di Hiram, Ohio, 15 Mac 1832. Frederick G. Williams dipanggil untuk menjadi imam tinggi dan penasihat dalam Presidensi Imamat Tinggi. Catatan sejarah menunjukkan bahawa semasa wahyu ini diterima pada bulan Mac 1832, ia memanggil Jesse Gause pada jawatan penasihat bagi Joseph Smith dalam Presidensi. Meskipun demikian, apabila dia lalai untuk meneruskannya dengan cara yang selaras dengan pelantikkan ini, panggilan itu seterusnya dialihkan kepada Frederick G. Williams. Wahyu ini (bertarikh Mac 1832) harus dianggap sebagai suatu langkah menuju pengorganisasian Presidensi Utama yang rasmi, khususnya pemanggilan untuk jawatan penasihat dalam badan itu dan menjelaskan kewibawaan pelantikkan itu. Saudara Gause melayani untuk suatu tempoh masa tetapi disingkirkan dari Gereja pada bulan Disember 1832. Saudara Williams ditahbiskan pada jawatan yang telah disebutkan pada 18 Mac 1833.

1–2, Kunci-kunci kerajaan selalu dipegang oleh Presidensi Utama; 3–7, Jika Frederick G. Williams setia dalam pelayanannya, dia akan memperoleh kehidupan kekal.

1 Sesungguh-sungguhnya, Aku berfirman kepadamu hamba-Ku Frederick G. Williams: Dengarkanlah suara Dia yang berfirman, pada firman Tuhan Rajamu, dan dengarkanlah pada panggilan yang dengannya kamu dipanggil, bahkan untuk menjadi aimam tinggi di dalam gereja-Ku, dan penasihat bagi hamba-Ku Joseph Smith Jr.;

2 Kepadanya telah Aku berikan akunci-kunci kerajaan, yang selalu menjadi kepunyaan bPresidensi Imamat Tinggi:

3 Oleh kerana itu, sesungguhnya Aku mengakuinya dan akan memberkatinya, dan juga engkau, sejauh engkau setia dalam nasihat, pada jawatan yang telah Aku tetapkan kepadamu, dalam doa sentiasa, dengan bersuara dan dalam hatimu, di hadapan umum dan secara peribadi, juga dalam pelayananmu dalam memaklumkan Injil di dunia orang yang hidup, dan di kalangan saudara-saudaramu.

4 Dan dengan melakukan hal-hal ini engkau akan melakukan kebaikan yang terbesar kepada sesama manusia, dan akan meningkatkan akemuliaan Dia iaitu Tuhanmu.

5 Kerana itu, setialah; berdirilah pada jawatan yang telah Aku tetapkan kepadamu; asokonglah yang lemah, angkatlah tangan yang terkulai, dan bkuatkanlah lutut-lutut yang clemah.

6 Dan jika engkau setia sehingga akhir engkau akan memperoleh mahkota akebaqaan, dan bkehidupan abadi di dalam ctempat tinggal yang telah Aku sediakan di dalam rumah Bapa-Ku.

7 Lihatlah, dan tengoklah, inilah firman-firman Alfa dan Omega, bahkan Yesus Kristus. Amin.