Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 111


Bahagian 111

Wahyu yang diberikan melalui Nabi Joseph Smith, di Salem, Massachusetts, 6 Ogos 1836. Pada waktu ini para pemimpin Gereja banyak berhutang disebabkan pekerjaan mereka dalam pelayanan. Mendengarkan bahawa sejumlah wang yang besar yang boleh diperoleh terdapat mereka di Salem, Nabi, Sidney Rigdon, Hyrum Smith, dan Oliver Cowdery melakukan perjalanan ke sana dari Kirtland, Ohio, untuk menyiasat perkara ini, sekali gus mengkhutbahkan Injil. Para saudara itu melaksanakan beberapa urusan Gereja dan berkhutbah. Apabila jelas kelihatan bahawa wang itu tidak akan datang, mereka kembali ke Kirtland. Beberapa unsur penting pada latar belakangnya dicerminkan di dalam perkataan wahyu ini.

1–5, Tuhan menjaga keperluan duniawi para hamba-Nya; 6–11, Dia akan berbelas kasihan terhadap Sion dan mengaturkan semua hal demi kebaikan para hamba-Nya.

1 Aku, Tuhan Rajamu, bukanlah marah dengan kedatanganmu dalam perjalanan ini, meskipun kebodohanmu.

2 Aku memiliki banyak harta di kota ini untukmu, demi manfaat Sion, dan banyak orang di kota ini, yang akan Aku kumpulkan pada waktu yang tepat demi manfaat Sion, melalui pelayananmu.

3 Oleh kerana itu, adalah arif bahawa kamu seharusnya berkenalan dengan orang-orang di kota ini, sebagaimana kamu akan dipimpin, dan sebagaimana akan diberikan kepadamu.

4 Dan akan terjadi pada waktu yang tepat bahawa Aku akan memberikan kota ini ke dalam tanganmu, sehingga kamu akan berkuasa ke atasnya, sedemikian rupa sehingga mereka tidak akan menemui bahagian-bahagian rahsiamu; dan harta kekayaannya berkaitan dengan emas dan perak akan menjadi milikmu.

5 Janganlah risaukan dirimu tentang ahutang-hutangmu, kerana Aku akan memberimu kuasa untuk membayarnya.

6 Janganlah risaukan dirimu tentang Sion, kerana Aku akan penuh berbelas kasihan kepadanya.

7 Tinggallah di tempat ini, dan di wilayah-wilayah sekitarnya;

8 Dan di tempat di mana, menurut kehendak-Ku bahawa kamu seharusnya tinggal, bagi kebanyakan perjalananmu, akan diisyaratkan kepadamu melalui akedamaian dan kuasa Roh-Ku, yang akan mengalir kepadamu.

9 Tempat ini boleh kamu dapatkan dengan menyewanya. Dan bertanyalah dengan tekun mengenai para penduduk terdahulu dan pengasas kota ini;

10 Kerana terdapat lebih dari satu harta untukmu di kota ini.

11 Oleh kerana itu, jadilah kamu asebijak ular namun tanpa dosa; dan Aku akan mengaturkan semua hal demi bkebaikanmu, secepat kamu dapat menerimanya. Amin.