Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 119


Bahagian 119

Wahyu yang diberikan melalui Nabi Joseph Smith, di Far West, Missouri, 8 Julai 1838, sebagai jawapan terhadap rayuannya: “Ya Tuhan! Tunjukkanlah kepada hamba-Mu berapa banyak yang Engkau tuntut dari harta kepunyaan umat-Mu untuk persepuluhan.” Hukum persepuluhan, seperti yang difahami pada hari ini, belum diberikan kepada Gereja sebelum wahyu ini. Istilah persepuluhan dalam doa yang baru dipetik tadi dan dalam wahyu-wahyu sebelumnya (64:23; 85:3; 97:11) bukan hanya sepersepuluh yang dimaksudkan, tetapi semua persembahan, atau sumbangan-sumbangan sukarela, ke dalam dana Gereja. Tuhan sebelum ini telah memberikan kepada Gereja hukum pembaktian dan tugas pengawasan harta benda, yang para anggota (terutama para penatua yang mengetuai) masuk ke dalamnya melalui sebuah perjanjian yang kekal. Disebabkan banyak orang gagal untuk menuruti perjanjian ini, Tuhan menariknya balik untuk suatu tempoh masa dan memberikan hukum persepuluhan kepada seluruh Gereja sebagai gantinya. Nabi bertanya kepada Tuhan berapa banyak daripada harta benda mereka yang Dia tuntut untuk tujuan-tujuan kudus. Jawapannya adalah wahyu ini.

1–5, Para Orang Suci harus membayar lebihan harta benda mereka dan kemudian memberikannya, sebagai persepuluhan, sepersepuluh daripada pendapatan tahunan mereka; 6–7, Cara seperti itu akan menguduskan negeri Sion.

1 Sesungguhnya, demikianlah firman Tuhan, Aku menuntut semua alebihan harta benda mereka untuk diletakkan ke dalam tangan uskup gereja-Ku di Sion,

2 Untuk pembinaan arumah-Ku, dan untuk perletakan landasan Sion dan untuk keimamatan, dan untuk hutang-hutang Presidensi Gereja-Ku.

3 Dan ini akan menjadi permulaan apersepuluhan umat-Ku.

4 Dan selepas itu, mereka yang harus memberikan persepuluhan akan membayar sepersepuluh daripada seluruh pendapatan tahunan mereka; dan ini akan menjadi sebuah hukum yang tetap bagi mereka untuk selamanya, untuk imamat kudus-Ku, firman Tuhan.

5 Sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, akan terjadilah bahawa mereka semua yang berkumpul ke negeri aSion akan memberikan persepuluhan daripada lebihan harta benda mereka, dan akan mentaati hukum ini, atau mereka tidak akan didapati layak untuk tinggal di kalangan kamu.

6 Dan Aku berfirman kepadamu, jika umat-Ku tidak mentaati hukum ini, untuk menjaganya dengan kudus, dan melalui hukum ini menguduskan negeri aSion bagi-Ku, agar peraturan-peraturan dan penghakiman-Ku boleh ditaati di situ, agar ia boleh menjadi paling kudus, lihatlah, sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, ia tidak akan menjadi negeri Sion bagimu.

7 Dan ini akan menjadi sebuah contoh bagi semua apancang di Sion. Demikianlah. Amin.