Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 40


Bahagian 40

Wahyu yang diberikan kepada Nabi Joseph Smith dan Sidney Rigdon, di Fayette, New York, 6 Januari 1831. Mendahului catatan wahyu ini, sejarah Nabi menyatakan, “Kerana James [Covel] menolak firman Tuhan, dan kembali pada prinsip dan kelompok masyarakatnya yang terdahulu, Tuhan memberikan kepada saya dan Sidney Rigdon wahyu berikut” (lihat bahagian 39).

1–3, Rasa takut terhadap penganiayaan dan kekhuatiran dunia menyebabkan penolakan Injil.

1 Lihatlah, sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, bahawa hati hamba-Ku aJames Covel adalah benar di hadapan-Ku, kerana dia membuat perjanjian dengan-Ku bahawa dia akan mematuhi firman-Ku.

2 Dan dia amenerima firman dengan kegembiraan, tetapi dengan segera Setan menggodanya; dan rasa takut terhadap bpenganiayaan dan kekhuatiran dunia menyebabkan dia cmenolak firman.

3 Kerana itu dia telah melanggar perjanjian-Ku, dan ianya terserah kepada-Ku untuk melakukan terhadapnya seperti yang kelihatannya sesuai bagi-Ku. Amin.