Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 23


Bahagian 23

Satu siri lima wahyu diberikan melalui Nabi Joseph Smith, di Manchester, New York, April 1830, kepada Oliver Cowdery, Hyrum Smith, Samuel H. Smith, Joseph Smith Sr., dan Joseph Knight Sr. Sebagai hasil daripada hasrat yang bersungguh-sungguh daripada lima orang tersebut untuk mengetahui tentang kewajipan mereka masing-masing, Nabi bertanya kepada Tuhan dan menerima satu wahyu bagi setiap orang.

1–7, Para murid terdahulu ini dipanggil untuk berkhutbah, mendorong, dan menguatkan Gereja.

1 Lihatlah, Aku berfirman kepadamu, Oliver, beberapa patah kata. Lihatlah, engkau diberkati, dan tidak berada di bawah penghukuman. Tetapi berhati-hatilah dengan akesombongan, agar jangan engkau masuk ke dalam bgodaan.

2 Dedahkanlah panggilanmu kepada gereja, dan juga di hadapan dunia, dan hatimu akan dibukakan untuk mengkhutbahkan kebenaran sejak dari sekarang dan selamanya. Amin.

3 Lihatlah, Aku berfirman kepadamu, Hyrum, beberapa patah kata; kerana engkau juga tidak berada di bawah penghukuman, dan hatimu dibukakan, dan lidahmu dilembutkan; dan panggilanmu adalah untuk mendorong, dan untuk amenguatkan gereja secara berterusan. Kerana itu kewajipanmu adalah kepada gereja selamanya, dan ini disebabkan keluargamu. Amin.

4 Lihatlah, Aku berfirman beberapa patah kata kepadamu, aSamuel; kerana engkau juga tidak berada di bawah penghukuman, dan panggilanmu adalah untuk mendorong, dan untuk menguatkan gereja; dan engkau belum lagi dipanggil untuk berkhutbah di hadapan dunia. Amin.

5 Lihatlah, Aku berfirman beberapa patah kata kepadamu, Joseph; kerana engkau juga tidak berada di bawah penghukuman, dan panggilanmu juga untuk mendorong, dan untuk menguatkan gereja; dan inilah kewajipanmu sejak dari sekarang dan selamanya. Amin.

6 Lihatlah, Aku menyatakan kepadamu, Joseph Knight, melalui firman ini, bahawa kamu mesti memikul asalibmu, yang mana kamu mesti bberdoa cdengan bersuara di hadapan dunia seperti juga secara tersembunyi, dan dalam keluargamu, dan di kalangan teman-temanmu, dan di semua tempat.

7 Dan, lihatlah, adalah kewajipanmu untuk abersatu dengan gereja yang benar, dan memberikan cara berbahasamu untuk mendorong secara berterusan, agar kamu boleh menerima ganjaran seorang pekerja. Amin.