Kitab Suci
Abraham 4


Bab 4

Para Tuhan merancang penciptaan bumi dan seluruh kehidupan di atasnya—Rancangan-rancangan mereka untuk penciptaan selama enam hari dinyatakan.

1 Dan kemudian Tuhan berfirman: Marilah kita turun. Dan Mereka turun pada apermulaan, dan Mereka, iaitu para Tuhan, bmengatur dan membentuk langit dan bumi.

2 Dan bumi, selepas ia dibentuk, adalah kosong dan tidak berpenduduk, kerana Mereka belum membentuk apa pun selain bumi; dan kegelapan berkuasa di atas permukaan laut, dan Roh para Tuhan asedang berlegar di atas permukaan perairan itu.

3 Dan Mereka (para Tuhan) berfirman: Biarlah adanya cahaya; dan terjadilah cahaya.

4 Dan Mereka (para Tuhan) memahami cahaya itu, kerana ianya terang; dan Mereka memisahkan cahaya itu, atau menjadikannya terpisah, dari kegelapan.

5 Dan para Tuhan memanggil cahaya itu Siang, dan kegelapan itu mereka panggil Malam. Dan terjadilah bahawa dari petang sehingga pagi mereka memanggilnya malam; dan dari pagi sehingga petang mereka memanggilnya siang; dan inilah yang pertama, atau permulaan, apa yang Mereka panggil siang dan malam.

6 Dan para Tuhan itu juga berfirman: Biarlah adanya suatu abentangan di tengah-tengah perairan itu, dan ia akan memisahkan perairan dari perairan.

7 Dan para Tuhan menitahkan kepada bentangan itu, sehingga ia memisahkan perairan yang berada di bawah bentangan daripada perairan yang berada di atas bentangan; dan begitulah yang terjadi, bahkan seperti yang mereka titahkan.

8 Dan para Tuhan menyebut bentangan itu, aLangit. Dan terjadilah bahawa itu terjadi dari petang sehingga pagi yang mereka panggil malam; dan terjadilah bahawa itu terjadi dari pagi sehingga petang yang mereka panggil siang; dan inilah bkali kedua mereka memanggilnya malam dan siang.

9 Dan para Tuhan menitah, memfirmankan: Biarlah aperairan di bawah langit dikumpulkan bersama pada bsuatu tempat, dan biarlah tanah kering muncul; dan terjadilah demikian sebagaimana yang mereka titahkan;

10 Dan para Tuhan memanggil tanah kering itu, Daratan; dan perairan yang telah dikumpulkan bersama itu dipanggil oleh mereka, Perairan aLuas; dan para Tuhan melihat bahawa semuanya itu dipatuhi.

11 Dan para Tuhan berfirman: Marilah Kita menyediakan bumi untuk menghasilkan arumput; tumbuhan menghasilkan benih; pokok buah menghasilkan buah, menurut jenisnya, yang mana di dalam benihnya sendiri menghasilkan keserupaannya sendiri di atas bumi; dan terjadilah demikian, bahkan sebagaimana yang mereka titahkan.

12 Dan para Tuhan mengatur bumi untuk menghasilkan rumput dari benihnya sendiri, dan tumbuhan untuk menghasilkan tumbuhan dari benihnya sendiri, menghasilkan benih menurut jenisnya; dan bumi untuk menghasilkan pokok dari benihnya sendiri, menghasilkan buah, yang mana benihnya hanya dapat menghasilkan yang sama di dalamnya sendiri, menurut jenisnya; dan para Tuhan melihat bahawa semuanya itu dipatuhi.

13 Dan terjadilah bahawa Mereka membilang hari itu; dari petang sehingga pagi mereka memanggilnya malam; dan terjadilah, dari pagi sehingga petang mereka memanggilnya siang; dan itu merupakan kali ketiga.

14 Dan para Tuhan mengatur acahaya-cahaya di bentangan langit, dan menyebabkannya memisahkan siang dari malam; dan mengaturnya untuk menjadi petanda-petanda dan musim, dan hari dan tahun;

15 Dan mengaturnya untuk menjadi cahaya-cahaya di bentangan langit untuk menyinari bumi; dan terjadilah demikian.

16 Dan para Tuhan mengatur dua cahaya yang besar, cahaya yang alebih besar menguasai siang, dan cahaya yang lebih kecil menguasai malam; bersama cahaya yang lebih kecil mereka menempatkan bintang-bintang juga;

17 Dan para Tuhan menempatkannya di bentangan langit, untuk menyinari bumi, dan untuk berkuasa pada waktu siang dan malam, dan untuk memisahkan cahaya daripada kegelapan.

18 Dan para Tuhan mengawasi hal-hal yang mereka telah titahkan itu sehinggalah mereka mematuhinya.

19 Dan terjadilah bahawa itu terjadi dari petang sehingga pagi iaitu malam; dan terjadilah bahawa itu terjadi dari pagi sehingga petang iaitu siang; dan itulah kali keempat.

20 Dan para Tuhan berfirman: Marilah kita menyediakan perairan untuk menghasilkan makhluk-makhluk bergerak yang bernyawa dengan banyak; dan burung, agar mereka boleh terbang di atas bumi di bentangan langit yang terbuka.

21 Dan para Tuhan menyediakan perairan itu agar mereka boleh menghasilkan aikan-ikan yang besar, dan setiap makhluk hidup yang bergerak, yang mana perairan itu akan hasilkan dengan banyak menurut jenisnya; dan setiap burung bersayap menurut jenisnya. Dan para Tuhan melihat bahawa mereka dipatuhi, dan bahawa rancangan mereka adalah baik.

22 Dan para Tuhan berfirman: Kita akan memberkati mereka, dan menyebabkan mereka beranak dan bertambah, dan memenuhi perairan di dalam lautan atau aperairan luas; dan menyebabkan burung bertambah di bumi.

23 Dan terjadilah bahawa itu terjadi dari petang sehingga pagi yang mereka panggil malam; dan terjadilah bahawa itu terjadi dari pagi sehingga petang yang mereka panggil siang; dan itulah kali kelima.

24 Dan apara Tuhan menyediakan bumi untuk menghasilkan makhluk hidup menurut jenisnya, haiwan ternakan dan makhluk-makhluk yang merayap, dan binatang-binatang di bumi menurut jenisnya; dan terjadilah demikian, sebagaimana yang mereka telah firmankan.

25 Dan para Tuhan mengatur bumi untuk menghasilkan binatang-binatang menurut jenisnya, dan haiwan ternakan menurut jenisnya, dan setiap makhluk yang merayap di atas bumi menurut jenisnya; dan para Tuhan melihat mereka akan patuh.

26 Dan para Tuhan aberunding di antara sesama sendiri dan berfirman: Marilah kita turun dan membentuk bmanusia menurut crupa kita, menurut keserupaan kita; dan kita akan memberikan kepada mereka kekuasaan ke atas ikan-ikan di laut, dan burung di udara, dan haiwan ternakan, dan ke atas seluruh bumi, dan ke atas setiap makhluk merayap yang merayap di atas bumi.

27 Jadi apara Tuhan turun untuk mengatur manusia menurut rupa mereka sendiri, menurut rupa para Tuhan mereka telah membentuknya, membentuk mereka lelaki dan perempuan.

28 Dan para Tuhan berfirman: Kita akan memberkati mereka. Dan para Tuhan berfirman: Kita akan menyebabkan mereka beranak dan bertambah, dan memenuhi bumi, dan menundukkannya, dan memiliki kekuasaan ke atas ikan-ikan di laut, dan ke atas burung di udara, dan ke atas setiap makhluk hidup yang bergerak di atas bumi.

29 Dan para Tuhan berfirman: Lihatlah, Kita akan memberikan mereka setiap tumbuhan yang menghasilkan benih yang akan datang ke atas permukaan seluruh bumi, dan setiap pokok yang akan menghasilkan buah di atasnya; ya, kita akan berikan buah dari pokok yang menghasilkan benih untuk mereka; itu akan menjadi amakanan mereka.

30 Dan kepada setiap binatang di bumi, dan kepada setiap burung di udara, dan kepada setiap makhluk yang merayap di atas bumi, lihatlah, Kita akan memberikan mereka kehidupan, dan juga Kita akan memberikan mereka setiap tumbuhan hijau sebagai makanan, dan segala hal ini akan diatur sedemikian.

31 Dan para Tuhan berfirman: Kita akan melakukan setiap hal yang telah Kita firmankan, dan mengatur mereka; dan lihatlah, mereka akan sangat patuh. Dan terjadilah bahawa itu terjadi dari petang sehingga pagi yang mereka panggil malam; dan terjadilah bahawa itu terjadi dari pagi sehingga petang yang mereka panggil siang; dan Mereka membilangnya kali yang akeenam.