Kitab Suci
Salinan 2


Sebuah Salinan dari Kitab Abraham

No. 2

Imej
Salinan 2

Penjelasan

Gmbr. 1. Kolob, menandakan ciptaan pertama, paling dekat dengan selestial, atau tempat tinggal Tuhan. Yang pertama dalam pemerintahan, yang terakhir berkaitan dengan pengukuran waktu. Pengukurannya menurut waktu selestial, yang mana waktu selestial itu melambangkan sehari dengan sehasta. Satu hari di Kolob bersamaan dengan seribu tahun menurut pengukuran di bumi ini, yang disebut oleh bangsa Mesir Yah-oh-eh.

Gmbr. 2. Berdiri di sebelah Kolob, dipanggil oleh bangsa Mesir Oliblis, iaitu ciptaan unggul berikutnya yang mengatur berdekatan selestial atau tempat di mana Tuhan tinggal; memegang kunci kuasa juga, berkaitan dengan planet-planet yang lain; sebagaimana yang diwahyukan daripada Tuhan kepada Abraham, semasa dia mempersembahkan korban di atas sebuah mimbar, yang telah dibinanya bagi Tuhan.

Gmbr. 3. Dibuat untuk melambangkan Tuhan, sedang duduk di atas takhtanya, yang berkuasa dan berwewenang; dengan sebuah mahkota cahaya abadi di atas kepalanya; melambangkan juga Kata-kata Kunci utama Imamat Kudus, sebagaimana diwahyukan kepada Adam di dalam Taman Eden, seperti juga kepada Set, Nuh, Melkisedek, Abraham, dan semua yang diwahyukan Imamat kepadanya.

Gmbr. 4. Sesuai dengan perkataan bahasa Ibrani Raukiyang, menandakan bentangan, atau ruangan langit; juga merupakan suatu digit nombor, dalam bahasa Mesir menandakan seribu; sesuai dengan pengukuran waktu Oliblis, yang sama dengan Kolob dalam peredaran dan pengukuran waktunya.

Gmbr. 5. Disebut dalam bahasa Mesir Enis-go-on-dos; ini adalah salah satu daripada planet-planet yang mengatur juga, dan dikatakan oleh bangsa Mesir sebagai Matahari, dan meminjam cahayanya dari Kolob melalui perantaraan Kae-e-vanras, yang merupakan Kunci utama, atau, dengan perkataan lain, kuasa yang mengatur, yang mengatur lima belas planet tetap yang lain, seperti juga Flois atau Bulan, Bumi dan Matahari dalam peredaran tahunan mereka. Planet ini menerima kuasanya melalui perantaraan Kli-flos-is-es, atau Ha-ko-kau-bim, bintang-bintang yang dilambangkan oleh nombor 22 dan 23, menerima cahaya dari peredaran-peredaran Kolob.

Gmbr. 6. Melambangkan bumi ini pada keempat-empat penjurunya.

Gmbr. 7. Melambangkan Tuhan duduk di atas takhta-Nya, mewahyukan melalui langit kata-kata Kunci utama Imamat; seperti, juga, tanda Roh Kudus kepada Abraham, dalam bentuk seekor merpati.

Gmbr. 8. Mengandungi tulisan-tulisan yang tidak dapat diwahyukan kepada dunia; tetapi perlu ada di dalam Bait Suci Kudus Tuhan.

Gmbr. 9. Tidak harus diwahyukan pada waktu sekarang.

Gmbr. 10. Juga.

Gmbr. 11. Juga. Jika dunia dapat menemui nombor-nombor ini, biarlah sedemikiannya terjadi. Amin.

Gambar 12, 13, 14, 15, 16, 17, 18, 19, 20, dan 21 akan diberikan pada waktu Tuhan sendiri yang tepat.

Terjemahan di atas diberikan sejauh kami memiliki hak untuk memberikannya pada waktu sekarang.