Kitab Suci
1 Nefi 21


Bab 21

Mesias akan menjadi cahaya kepada bangsa bukan Israel dan akan membebaskan orang tawanan—Israel akan dikumpul dengan kuasa pada zaman akhir—Raja-raja akan menjadi bapa pengasuh mereka—Bandingkan Yesaya 49. Kira-kira 588–570 tahun S.M.

1 Dan lagi: Dengarlah, Wahai kamu bani Israel, kamu semua yang dipatahkan dan dihalau keluar kerana kejahatan para gembala bangsaku; Wahai, kamu semua yang dipatahkan, yang dicerai-beraikan merata-rata, yang adalah dari umat-Ku, Wahai bani Israel. Dengarlah, Wahai apulau-pulau, kepada-Ku, dan dengarlah kamu orang yang dari bjauh; Tuhan telah memanggilku sejak dari rahim; dari dalam ibuku telah Dia menyebut namaku.

2 Dan Dia telah menjadikan mulutku seperti sebilah pedang tajam; dalam bayangan tangan-Nya telah Dia menyembunyikanku, dan menjadikanku sebatang anak panah berkilat; di dalam tabung anak panah telah Dia menyembunyikanku;

3 Dan Dia berfirman kepadaku: Kamulah ahamba-Ku, Wahai Israel, di dalammu Aku dimuliakan.

4 Kemudian aku berkata, aku telah berusaha kuat dengan sia-sia, aku telah menghabiskan kekuatanku tanpa hasil dan secara sia-sia; tentulah penghakimanku adalah bersama Tuhan, dan kerjaku bersama Tuhanku.

5 Dan sekarang, firman Tuhan—yang telah amembentukkanku sejak dari rahim agar aku akan menjadi hamba-Nya, untuk membawa Yakub lagi kepada Dia—walaupun Israel tidak dikumpulkan, tetapi aku akan menjadi mulia dalam mata Tuhan, dan Tuhanku akan menjadi kekuatanku.

6 Dan Dia berfirman: Adalah perkara yang ringan bahawa kamu harus menjadi hambaKu untuk membangkitkan asuku-suku Yakub, dan untuk memulihkan sisa Israel yang telah dilindungi. Aku akan juga memberikan kamu sebagai bcahaya kepada cbangsa bukan Israel, agar kamu dapat menjadi keselamatan-Ku kepada hujung-hujung bumi.

7 Demikianlah firman Tuhan, Penebus Israel, Dia yang Kudus, kepada dia yang dikeji manusia, kepada dia yang bangsa-bangsa merasa meluat, kepada orang suruhan para pemerintah: Raja-raja akan nampak dan bangun, para putera juga akan menyembah, kerana Tuhan yang setia.

8 Demikianlah firman Tuhan: Pada suatu masa yang sesuai telah Aku mendengarkanmu, Wahai pulau-pulau di laut, dan pada suatu hari keselamatan Aku telah menolongmu; dan Aku akan melindungimu, dan memberimu, ahambaku, sebagai perjanjian kepada bangsa ini, untuk membina bumi, untuk menyebabkan mereka mewarisi pusaka yang terlantar.

9 Agar kamu boleh berkata kepada aorang tawanan: Keluarlah; kepada mereka yang duduk dalam bkegelapan: Perlihatkanlah dirimu. Mereka akan makan sepanjang jalan, dan cpadang rumput mereka akan berada di semua tempat tinggi.

10 Mereka tidak akan lapar atau dahaga, tidak juga kepanasan atau matahari menyakiti mereka; kerana Dia yang berbelas kasihan terhadap mereka akan menuntun mereka, bahkan ke tepi mata air akan Dia menuntun mereka.

11 Dan Aku akan menjadikan semua gunung-Ku suatu jalan, dan alebuh raya-Ku akan dipertingkatkan.

12 Dan kemudian, Wahai bani Israel, lihatlah, aorang ini akan datang dari jauh; dan lihatlah, orang ini dari utara dan dari barat; dan orang ini dari negeri Sinim.

13 aNyanyilah, Wahai langit; dan berbahagialah, Wahai bumi; kerana kaki mereka yang berada di timur akan ditegakkan; dan bersoraklah dalam nyanyian, Wahai gunung-ganang; kerana mereka tidak akan dihukum lagi; kerana Tuhan telah menghiburkan hati umat-Nya, dan akan berbelas kasihan terhadap umat-Nya yang menderita.

14 Tetapi, lihatlah, Sion telah berkata: Tuhan telah meninggalkanku, dan Tuhanku telah melupakanku—tetapi Dia akan menunjukkan bahawa Dia tidak berbuat demikian.

15 Kerana bolehkah seorang awanita melupakan anaknya yang menyusu, sehingga dia tidak mempunyai rasa kasihan terhadap anak lelaki dari rahimnya? Ya, mereka mungkin blupa, tetapi Aku tidak akan melupakanmu, Wahai bani Israel.

16 Lihatlah, Aku telah mengukirkanmu di atas atapak tangan-Ku; tembok-tembokmu berlanjutan di hadapan-Ku.

17 Anak-anakmu akan bertindak pantas menentang pembinasa-pembinasamu; dan mereka yang amemusnahkanmu akan pergi darimu.

18 Angkatlah matamu ke sekeliling dan lihatlah; semua ini aberkumpul bersama, dan mereka akan datang kepadamu. Dan sebagaimana Aku hidup, firman Tuhan, kamu tentu akan memakai pada dirimu mereka semua, bagaikan dengan perhiasan, dan mengikatkan mereka, bahkan bagaikan seorang pengantin perempuan.

19 Kerana tempat-tempatmu yang termusnah dan terlantar, dan negeri pembinasaanmu, akan, bahkan sekarang, menjadi terlalu sempit disebabkan penghuninya; dan mereka yang menelankanmu akan berada jauh.

20 Anak-anak yang kamu akan miliki, setelah kamu kehilangan yang pertama, akan lagi dalam telingamu berkata: Tempat ini terlalu akecil bagiku; berilah tempat kepadaku agar aku dapat berdiam.

21 Kemudian akan akamu berkata dalam hatimu: Siapakah yang telah memperanakkan kepadaku mereka ini, memandangkan aku telah kehilangan anak-anakku, dan aku bmandul, seorang tawanan, dan berpindah ke sana dan ke sini? Dan siapakah yang telah membesarkan mereka ini? Lihatlah, aku ditinggalkan bersendirian; mereka ini, di manakah telah mereka berada?

22 Demikianlah firman Tuhan: Lihatlah, Aku akan mengangkat tangan-Ku kepada abangsa-bangsa bukan Yahudi, dan menegakkan bpanji-Ku kepada umat; dan mereka akan membawa putera-puteramu di atas clengan mereka, dan para puterimu akan dibawa di atas bahu mereka.

23 Dan araja-raja akan menjadi bbapa pengasuhmu, dan para permaisuri mereka ibu pengasuhmu; mereka akan membongkok kepadamu dengan muka mereka menghadap tanah, dan menjilat debu kakimu; dan kamu akan tahu bahawa Aku adalah Tuhan; kerana mereka tidak akan malu yang cmenunggu-Ku.

24 Kerana akankah mangsa dirampas dari yang perkasa, atau apara tawanan sah dibebaskan?

25 Tetapi demikianlah firman Tuhan, bahkan para tawanan kepada yang perkasa akan dirampas, dan mangsa kepada yang dahsyat akan dibebaskan; kerana Aku akan berlawan dengan dia yang berlawan denganmu, dan Aku akan menyelamatkan anak-anakmu.

26 Dan Aku akan amemberi makan kepada mereka yang menindasmu, dengan daging mereka sendiri; mereka akan mabuk dengan darah mereka sendiri bagaikan dengan wain manis; dan semua daging akan btahu bahawa Aku, Tuhan, adalah Juruselamatmu dan Penebusmu, cYang Perkasa dari Yakub.