Kitab Suci
3 Nefi 21


Bab 21

Israel akan dikumpulkan apabila Kitab Mormon diterbitkan—Bangsa bukan Israel akan ditegakkan sebagai sebuah bangsa yang bebas di Amerika—Mereka akan diselamatkan jika mereka percaya dan patuh; jika tidak, mereka akan disingkirkan dan dihancurkan—Israel akan membangunkan Yerusalem Baru, dan suku-suku yang hilang akan kembali. Kira-kira 34 tahun M.

1 Dan sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, Aku memberi kepadamu satu tanda, agar kamu boleh mengetahui awaktunya apabila hal-hal ini hampir terjadi—bahawa Aku akan mengumpulkan, dari penceraian mereka yang panjang, umat-Ku, Wahai bani Israel, dan akan menubuhkan Sion-Ku lagi di kalangan mereka;

2 Dan lihatlah, inilah hal yang akan Aku berikan kepadamu sebagai satu tanda—kerana sesungguhnya Aku berfirman kepadamu bahawa apabila hal-hal ini yang Aku maklumkan kepadamu, dan yang akan Aku maklumkan kepadamu selepas ini tentang diri-Ku, dan melalui kuasa Roh Kudus yang akan diberikan kepadamu oleh Bapa, akan didedahkan kepada bangsa bukan Israel agar mereka boleh mengetahui tentang umat ini yang merupakan bani Yakub yang selebihnya, dan tentang umat-Ku ini yang akan dicerai-beraikan oleh mereka;

3 Sesungguh-sungguhnya, Aku berfirman kepadamu, apabila ahal-hal ini akan diberitahukan kepada mereka oleh Bapa, dan akan datang daripada Bapa, daripada mereka kepadamu;

4 Kerana adalah kebijaksanaan Bapa bahawa mereka akan ditegakkan di negeri ini, dan ditegakkan sebagai sebuah bangsa yang abebas oleh kuasa Bapa, agar hal-hal ini dapat datang daripada mereka kepada keturunanmu yang selebihnya, agar bperjanjian Bapa dapat digenapi seperti yang telah Dia janjikan dengan umat-Nya, Wahai bani Israel;

5 Oleh itu, apabila pekerjaan ini dan pekerjaan-pekerjaan yang akan dilakukan di kalangan kamu selepas ini akan datang adaripada bangsa bukan Israel, kepada bketurunanmu yang akan merosot dalam ketidakpercayaan kerana kederhakaan;

6 Kerana demikian adalah perlu menurut Bapa bahawa ia akan datang daripada abangsa bukan Israel, agar Dia boleh memperlihatkan kuasa-Nya kepada bangsa bukan Israel, untuk sebab ini bahawa bangsa bukan Israel, jika mereka tidak mengeraskan hati mereka, bahawa mereka boleh bertaubat dan datang kepada-Ku dan dibaptiskan dalam nama-Ku dan mengetahui tentang pokok-pokok ajaran-Ku yang benar, agar mereka boleh bdihitung di kalangan umat-Ku, Wahai bani Israel;

7 Dan apabila hal-hal ini terjadi aketurunanmu akan mulai mengetahui hal-hal ini—ini akan menjadi suatu tanda kepada mereka, agar mereka boleh mengetahui bahawa pekerjaan Bapa telah bermula untuk menggenapi perjanjian yang telah Dia buat dengan orang daripada bani Israel.

8 Dan apabila hari itu akan tiba, akan terjadilah bahawa para raja akan menutup mulut mereka; kerana apa yang belum diberitahukan kepada mereka akan mereka lihat; dan apa yang belum mereka dengarkan akan mereka fahami.

9 Kerana pada hari itu, demi kepentingan-Ku Bapa akan mengerjakan suatu pekerjaan, yang akan menjadi suatu pekerjaan yang amenakjubkan dan agung di kalangan mereka; dan akan ada di kalangan mereka, yang tidak akan mempercayainya, walaupun seseorang akan memaklumkannya kepada mereka.

10 Tetapi lihatlah, kehidupan hamba-Ku akan berada dalam tangan-Ku; oleh itu mereka tidak akan menyakitinya, walaupun dia akan adicacati kerana mereka. Namun Aku akan menyembuhkannya, kerana Aku akan memperlihatkan kepada mereka bahawa bkebijaksanaan-Ku lebih besar daripada kelicikan iblis.

11 Oleh itu akan terjadilah bahawa sesiapa yang tidak akan percaya pada firman-Ku, iaitu Yesus Kristus, yang akan Bapa suruh adia bawakan kepada bangsa bukan Israel, dan akan memberikan kepadanya kuasa agar dia akan membawakannya kepada bangsa bukan Israel, (ia akan terjadi bahkan seperti yang Musa katakan) mereka akan bdisingkirkan dari kalangan umat-Ku yang merupakan dari perjanjian itu.

12 Dan umat-Ku yang merupakan bani Yakub yang selebihnya akan berada di kalangan bangsa bukan Israel, ya, di tengah-tengah mereka bagaikan seekor asinga di antara binatang-binatang hutan, bagaikan seekor singa muda di antara kawanan domba, yang, jika dia pergi ke kalangannya, akan bmemijak-mijak serta mencarik bercebis-cebis, dan tidak seorang pun dapat menyelamatkannya.

13 Tangan mereka akan diangkat ke atas lawan-lawan mereka, dan semua musuh mereka akan disingkirkan.

14 Ya, celakalah bangsa bukan Israel kecuali mereka abertaubat; kerana akan terjadilah pada hari itu, firman Bapa, bahawa Aku akan menyingkirkan kuda-kudamu dari tengah-tengahmu, dan Aku akan menghancurkan kereta-kereta kudamu.

15 Dan Aku akan menyingkirkan kota-kota di negerimu, dan meruntuhkan semua kubu pertahananmu;

16 Dan Aku akan menyingkirkan ilmu sihir dari negerimu, dan engkau tidak akan memiliki ahli nujum lagi;

17 aPatung-patung ukiranmu juga akan Aku singkirkan, dan patung-patungmu yang tertinggal dari tengah-tengahmu, dan engkau tidak akan lagi menyembah hasil kerja tanganmu;

18 Dan Aku akan mencabut hutan-hutan kecilmu dari tengah-tengahmu; demikian juga akan Aku hancurkan kota-kotamu.

19 Dan akan terjadilah bahawa segala adusta, dan penipuan, dan kecemburuan, dan persengketaan, dan penipuan imam, dan pelacuran, akan ditamatkan.

20 Kerana akan terjadilah, firman Bapa, bahawa pada hari itu sesiapa yang tidak akan bertaubat dan datang kepada Putera-Ku yang Dikasihi, merekalah yang akan Aku singkirkan dari kalangan umat-Ku, Wahai bani Israel;

21 Dan Aku akan melaksanakan pembalasan dan kemurkaan ke atas diri mereka, bahkan seperti kepada atas orang kafir, seperti yang belum pernah mereka dengari.

22 Tetapi jika mereka akan bertaubat dan mendengar firman-Ku, dan tidak mengeraskan hati mereka, Aku akan amenubuhkan gereja-Ku di kalangan mereka, dan mereka akan masuk ke dalam perjanjian dan bdihitung di kalangan keturunan Yakub yang selebihnya ini, yang kepada mereka telah Aku berikan negeri ini untuk warisan mereka;

23 Dan mereka akan membantu umat-Ku, keturunan Yakub yang selebihnya, dan juga seberapa banyak dari bani Israel yang akan datang, agar mereka boleh membangunkan sebuah kota, yang akan disebut aYerusalem Baru.

24 Dan pada waktu itulah mereka akan membantu umat-Ku agar mereka boleh dikumpulkan, yang telah tercerai-berai di seluruh permukaan negeri ini, ke dalam Yerusalem Baru.

25 Dan pada waktu itulah akuasa dari syurga akan turun ke kalangan mereka; dan bAku juga akan berada di tengah-tengahnya.

26 Dan pada waktu itulah pekerjaan Bapa akan bermula pada hari itu, iaitu apabila Injil ini akan dikhutbahkan di kalangan keturunan bangsa yang selebihnya ini. Sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, pada hari itulah pekerjaan Bapa akan abermula di kalangan semua umat-Ku yang tercerai-berai, ya, bahkan suku-suku yang telah bhilang, yang telah dituntun oleh Bapa keluar dari Yerusalem.

27 Ya, pekerjaan itu akan dimulakan di kalangan semua umat-Ku yang atercerai-berai, dengan Bapa yang mempersiapkan jalan yang melaluinya mereka boleh datang kepada-Ku, agar mereka boleh memanggil Bapa dalam nama-Ku.

28 Ya, dan pada waktu itu pekerjaan itu akan bermula, dengan Bapa di kalangan semua bangsa untuk menyediakan jalan supaya umat-Nya boleh adikumpulkan kembali ke dalam negeri warisan mereka.

29 Dan mereka akan keluar daripada semua bangsa; dan mereka tidak akan abergegas keluar, tidak juga dengan terburu-buru, kerana aku akan pergi di hadapan mereka, Bapa berfirman, dan aku akan menjadi barisan belakang mereka.