Bantuan Belajar
    Ular Kuningan
    Catatan Kaki
    Tema

    Ular Kuningan

    Ular kuningan dibuat oleh Musa atas perintah Allah untuk menyembuhkan orang-orang Israel yang telah digigit oleh ular-ular ganas (ular-ular beracun) di padang belantara (Bil. 21:8–9). Ular kuningan ini diikatkan pada sebuah tiang dan “diangkat sehingga barang siapa yang akan memandangnya boleh hidup” (Alma 33:19–22). Tuhan merujuk pada diangkatnya ular di padang belantara sebagai simbol akan Diri-Nya Sendiri yang diangkat ke atas salib (Yoh. 3:14–15). Wahyu zaman akhir mengukuhkan laporan tentang ular-ular ganas dan bagaimana orang-orang disembuhkan (1 Ne. 17:41; 2 Ne. 25:20; Hel. 8:14–15).